Maso se kojo dulu, antagho bondo-bondo yang paling se tak suko yolah poi mesyuarat. Kalau mesyuarat dalam jabatan tu tak apolah sikit. Itu pun boss se boghi tau jangan malukan dio dalam mesyuarat. Makno eh kalau dio cakap salah jangan togo. Malu dio dopan oghang lua yang samo-samo datang mesyuarat tu.
Kadang-kadang se togo yo. Bagi se fakta totap fakta. Contoh eh Taman Tuanku Jaafar bukan dalam kawasan Majlis Perbandaran Soghomban. Kalau boss se jawab "Ia" se kono togo "Itu bukan kawasan kita". Itu yang kadang-kadang boss se maghah boto kek se sobab togo dio maso mesyuarat.
Tapi apo yang se paling tak suko yolah bilo boss se sughoh poi mesyuarat kek luar jadi wakil dio. Lobih topat lagi wakil Jabatan. Se kono siap boto-boto dulu. Sogalo fakta mesti ado dalam tangan. Kalau oghang mintak apo-apo se tak boleh jawab "Nanti saya bincang dengan Ketua Jabatan saya". Se kono boghi jawapan yo atau tidak disitu yo. Ado satu maso tu sodang mesyuarat se sompek SMS kek opis se mintak fakta tambahan bilo se tengok apo yang ado dalam tangan se tak cukup.
Jadi bilo se dapek tau soghang ketuo jabatan nogoghi sobolah nogoghi se ni tak dibona dek boss eh hadir mesyuarat se cakap "Beghuntong bona lah dio".
1 comment:
se pun samo la jugak paling xgomar poi mesyuarat menggantikan boss..sobab eh xdo kono mengono dan xtau apo nak cakap boss bukan eh nak bgtau apo2..
Post a Comment