Thursday, December 31, 2015

Bila kemudahan disalah guna.

Kereta hitam, putih dan biru itu bukan nak isi angin atau air.

Tidak berapa lama dulu datang ke pejabat saya dua orang pesara suami isteri yang ingin menukar bank di mana duit pencen mereka hendak dimasukkan. Saya bertanya kenapa harus menukar bank sedangkan sekarang sudah ada mesin ATM di stesen-stesen minyak. Mereka menjawab tidak pernah menggunakan mesin ATM.

Ya stesen-stesen minyak bukan sahaja tempat untuk mengisi minyak, air dan angin kereta, tetapi menjadi tempat untuk mengeluar dan memasukkan duit, selain dari menjual makanan dan minuman ringan. Kemudahan surau dan tandas tak payah ceritalah.

Tetapi seperti biasa di negara ini, untuk apa-apa kemudahan tentu ada yang disalah guna. Saya ambil gambar di atas beberapa bulan yang lalu di Paroi, Seremban semasa hendak ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Mujurlah saya hanya mengisi minyak dan tidak mengisi angin atau air untuk kereta. Mujur juga masih ada ruang bagi motosikal besar dalam gambar itu untuk diisi angin.

Tetapi saya terkena beberapa hari lepas di satu stesen minyak di Jalan Jelebu, Seremban. Kedua-dua pam angin dihalang oleh kereta-kereta yang diletak disitu oleh pemandunya yang berurusan lain. Mungkin mereka ke surau, ke tandas, mengeluarkan duit, memasukkan duit atau membeli makanan ringan. Yang pasti mereka langsung tidak memikirkan keperluan orang seperti saya.

Mujur juga hos angin di stesen itu cukup panjang untuk sampai ke semua tayar kereta saya walaupun saya terpaksa meletak kereta di belakang kereta-kereta yang menghalang tersebut. Mujur juga pemandu kereta yang saya halang tiba-tiba muncul setelah saya selesai mengepam angin tayar-tayar kereta saya. Kalau tidak gambar keretanya pun mungkin saya ambil dan siarkan.

Isu  salah letak kereta telah banyak diviralkan di media sosial. Malah ada kumpulan bernama 'You Park Like An Asshole' dalam media sosial facebook. Perbalahan yang timbul dari salah letak kereta bukan perkara baru. Malah di Seremban beberapa tahun lalu ia berakhir dengan pembunuhan.

Sekian untuk renungan di akhir tahun ini.

Wednesday, December 23, 2015

Ia bermula 37 tahun yang lalu.

C3PO dan R2-D2, dua karaktor yang muncul di tiap-tiap episod filem Star Wars.

Saya tahu mengenai filem Star Wars pada tahun 1978 dari majalah Readers Digest yang saya langgan. Kalau tak salah saya gambar di atas itulah yang ditunjukkan dalam majalah itu. Umur saya di masa itu 28 tahun dan baru punyai seorang anak lelaki dan anak perempuan saya Ina sedang sarat dikandung.

Saya pun membawa anak sulung saya Halimi sama-sama menonton filem itu di panggung Rex, Seremban (sekarang sudah diroboh dan dibangunkan semula menjadi Public Bank). Sambil menonton saya juga terpaksa menjaga kerenah Halimi yang belum reti bahasa dan tidak boleh duduk diam. 

Kerana tumpuan saya sering diganggu oleh Halimi, saya tidak dapat menghayati filem itu sepenuhnya di malam itu. Tetapi itu sudah cukup untuk menanamkan minat saya kepada siri filem tersebut. 

Kemudian saya dapat tahu sebenarnya filem Star Wars ialah espisod keempat siri filem itu dan telah ditukar tajuk menjadi A New Hope. Tetapi kerana minat saya telah tertanam saya pun menunggu dengan minat akan episod seterusnya. Kalau tidak salah, saya juga menonton episod 5 The Empire Strikes Back dan episod 6 Return of the Jedi di panggung Rex, Seremban sebelum ia ditutup.

Apabila siri filem Star Wars pergi ke belakang ke episod 1 dengan tajuk The Phantom Menace pada tahun 1999 saya menontonnya di Terminal 1 Seremban di panggung yang mempunyai sistem bunyi 'surround'. Kali ini dengan anak-anak ketiga dan keempat saya Miza dan Anis. Itulah kali terakhir saya masuk ke panggung wayang sehingga pagi tadi.

Saya melihat episod 2 Attack of the Clones dan episod 3 Revenge of the Sith melalui cekera padat DVD dengan sistem Home Theatre di rumah. Untuk pengetahuan, saya mempunyai koleksi semua filem Star Wars, tiga daripadanya DVD Blu-Ray.

Bila filem Star Wars episod 7 The Force Awakens mula ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia beberapa hari dulu saya mula-mula berniat menunggu DVDnya dikeluarkan, sudah tentu jenis Blu-Ray. Tetapi entah macam mana saya tertarik untuk menontonnya di panggung pula. Jelas saya tidak hampa pagi tadi.

Siri Star Wars bukan sahaja diminati oleh anak-anak dan menantu-menantu saya, tetapi cucu-cucu saya juga melainkan cucu tiga orang yang masih belum reti bahasa itu. Tetapi bagi mereka yang hanya baru-baru ini meminati siri itu mempunyai sedikit masalah mengikuti cerita sepenuhnya. Ini diberitahu oleh cucu saya Haziq.

Saya fikir di seluruh dunia apabila sahaja karaktor Han Solo yang dilakunkan oleh Harrison Ford muncul di layar sudah tentu penonton bising sedikit. Saya masih ingat semasa menonton filem The Wild Geese. Apabila sahaja sahaja Roger Moore muncul di layar, penonton (termasuk saya) bersorak. Ini kerana Roger Moore ialah James Bond 007 di masa itu.

Tetapi di panggung ini apabila Harrison Ford muncul tidak ada reaksi seperti itu.  Apabila saya keluar dari panggung, saya perhatikan kebanyakan penonton muda-muda belaka. Saya sempat bertanya umur seorang dari mereka dan dapat tahu dia belum lahir semasa filem Star Wars pertama dikeluarkan.

Mungkin mereka tidak tahu asal usul Han Solo dan apa hubungannya dengan pesawat Millenium Falcon. Tetapi tidak bagi saya, kerana telah mula meminati siri Star Wars sejak 37 tahun yang lalu.  

Sunday, December 20, 2015

Dia marah saya pakai seluar itu.

 Bergambar dengan Ketua Pengarah Pencen dan staff di pejabatnya di Putrajaya.

Memakai seluar yang sama di surau.

Pos saya kali ini ialah cerita agak bodoh sedikit. Semasa kerja dulu boleh dikatakan saya tidak payah membeli seluar. Ini kerana setiap tahun saya menerima tiga pasang pakaian seragam. Ditambah pula beberapa tahun sebelum besara saya menyertai pasukan kawad jabatan, di mana saya diberi satu atau dua pasang pakaian percuma setiap tahun.

Seluar-seluar lama telah saya sedekahkan kepada saudara mara di kampung, tetapi bila pencen saya masih ada lagi berbelas seluar yang masih baik. Seluar itulah yang saya pakai hari-hari untuk pergi kerja di pejabat NGO saya sekarang. Ia juga saya pakai untuk ke surau di waktu siang, untuk ke pasar dan pasar tani, ke pasar raya dan seperti gambar di atas, bila saya berjumpa dengan Ketua Pengarah JPA Pencen di pejabatnya di Putrajaya.

Seluar itu dibuat dari kain yang dipanggil 'hi sofy' dan mengikut tukang jahit (dimana saya hantar seluar itu untuk sedikit pembesaran pinggang) kain itu mahal dan berkualiti. Biasanya orang tidak perasan seluar itu sebahagian dari pakaian seragam saya dulu/

Dari itu saya agak terkejut beberapa hari lepas bila pergi ke pejabat lama saya untuk membayar satu bil. Semasa menunggu giliran membayar, seorang staff telah menegur saya kerana memakai seluar itu.

Saya tidak tahu apa tujuan tegurannya. Adakah dia fikir saya sekarang sudah papa sehingga tidak berduit untuk membeli seluar sendiri. Atau adakah dia marah kerana saya menjadikan sebahagian dari pakain seragam saya sebagai pakaian basahan?

Monday, December 14, 2015

Apa Najib nak buat pada Muhyiddin lepas ni?


Saya perhatikan banyak persamaan antara hubungan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Michael Corleone dan Fredo Corleone dalam filem The Godfather. 

Vito Corleone, Godfather asal, mempunyai tiga anak lelaki dan satu perempuan. Bila dia ditembak dan masuk hospital anak sulungnya Santino menjalankan tugas Godfather. Tetapi semasa Vito belum pulih, Santino ditembak mati. Jadi tempoh Santino berkuasa tidak lama. Vito kemudian melantik anaknya yang ketiga Michael untuk menggantikannya, mengenepikan Fredo yang lebih tua. Bila Vito meninggal dunia, Michael disahkan menjadi Godfather baru. 

Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah membuang tiga orang timbalannya sebelum melantik Pak Lah sebagai timbalan yang keempat dan terakhir. Apabila Dr. Mahathir berhenti, Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Atas desakan Dr. Mahathir, Pak Lah melantik Najib menjadi timbalannya, sedangkan Muhyiddin lebih tua. Pak Lah tidak lama menjadi Perdana Menteri dan atas desakan Dr. Mahathir juga, terpaksa berhenti dan digantikan Najib. Najib kemudian melantik Muhiuddin menjadi timbalannya. 

Fredo terkilan kerana diketepikan. Dia berpakat dengan musuh-musuh Michael untuk membunuhnya. Tetapi cubaan itu gagal dan Michael pada mulanya tidak sedar yang abangnya telah belot. Apabila Michael sedar dia telah membuang Fredo dari perniagaan dan keluarganya, tetapi masih membenarkan Fredo melawat ibu mereka yang tinggal bersama Michael.

Muhyiddin terkilan kerana dia lebih tua dan tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri melainkan Najib ditumbangkan. Dia pun berpakat dengan Dr. Mahathir (yang juga terkilan terhadap Najib kerana tidak mendengar katanya) untuk menumbangkan Najib. Pakatan itu gagal dan Najib terus dapat tahu yang Muhyiddin telah belot. Najib membuang Muhyiddin dari kabinet tetapi tidak mengusik kedudukannya dalam parti UMNO, di mana Najib menjadi Presiden dan Muhyiddin timbalannya.  

Connie, adik perempuan dan bongsu kepada Michael dan Fredo sedih kerana kedua-dua abangnya sekarang bermusuh. Di hari kematian ibu mereka Connine telah merayu kepada Michael untuk memaafkan Fredo. Michael setuju dan disebelah jenazah ibu mereka dan di hadapan ahli-ahli keluarga yang lain dia memeluk Fredo (sambil memberi isyarat mata pada Al, bodyguardnya). Rupa-rupanya itu wayang belaka.

Ahli-ahli UMNO sedih kerana orang nombor satu dan nombor dua mereka bermusuh. Di persidangan tahunan parti itu, mereka merayu kepada kedua-dua supaya berdamai. Di akhir persidangan, di depan ribuan perwakilan UMNO dan dipancarkan di television seluruh negara, Najib pun menghulur tangan kepada Muhyiddin yang menyambutnya. Tetapi adakah itu satu wayang?

Kerana tidak lama lepas itu Michael mengarahkan supaya abangnya Fredo dibunuh.

Kerana kita tidak tahu apa Najib nak buat pada Muhyiddin lepas ini.

Sunday, December 13, 2015

What are Najib and Muhyiddin going to do to each other now?

Vito Corleone, the original Godfather had three sons and a daughter. When he was shot and hospitalised, his eldest son Santino was made acting Godfather. But while Vito was recuperating, Santino was shot and killed. So Santiono's reign was brief. Vito then appointed his third son Michael as his successor, by-passing his second son Fredo. When Vito died Michael became the new Godfather.

Dr. Mahathir, the original Prime Minister had sacked three of his deputies before appointing Pak Lah as his fourth and final deputy. When Dr. Mahathir resigned Pak Lah became Prime Minister. Pak Lah then chose Najib who is younger than Muhyiddin as his deputy. Pak Lah's reign was brief. When he resigned Najib became Prime Minister and appointed  Muhyiddin as his deputy.

Fredo was pissed of being by-passed. He helped his brother's enemies in a plot to kill him. The plot failed but initially Michael was not aware of his own brother's treachery. When Michael eventually realised this, he sacked Fredo from the family's business but still allowed him to visit their mother. 

Muhyiddin was pissed because being older he has no chance of being Prime Minister unless Najib is ousted. So he collaborated with Dr. Mahathir, of all people in trying to get rid of Najib. The plot failed and Najib knew straight away about Muhyiddin's treachery. The punishment was sacking Muhyiddin from the cabinet. But Muhyiddin was nat sacked from UMNO, the party where Dr. Mahathir, Najib and Muhyiddin belong to. So Muhyiddin is still Najib's deputy in the party, although not in the cabinet.

Sister Connie was sad that her two remaining brothers are now enemies. So on the day of their mother's death she pleaded Michael to forgive Fredo. So beside their mother's body in the coffin and in fromt of the whole family Michael and Fredo embraced. But it was all a farce.

Members of UMNO are sad that their two top leaders are now enemies. So during the party's annual convention they pleaded for them to make up. So at the end of the convention and in front of thousands of  UMNO members and shown live on national television Najib and Muhyiddin shook hands. Was it a farce?

Because Michael then ordered the killing of his own brother, Fredo.

Because there is still the question of what are Najib and Muhyidding going to do to each other now?

Saturday, December 12, 2015

Bila Setiausaha dituduh kurang ajar.

Saya tertarik bila Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO dituduh kurag ajar. Saya juga Setiausaha kepada dua pertubuhan bukan kerajaan atau NGO, dari itu ingin menjelaskan serba sedikit mengenai kurang ajar ini.

Setiausaha ialah perkataan Melayu dari perkataan Inggeris 'secretary' yang pula berasal dari perkataan 'secret' bermakna 'rahsia'. Jadi makna sebenar 'secretary' ialah 'perahsia' atau 'penyimpan rahsia'. Walau bagaimana pun di Malaysia ini sebutan 'setiausaha' itu lebih tepat. Ini kerana untuk menjadi Setiausaha seorang itu hendaaklah 'setia' dan 'berusaha'.

Di kebanyakan NGO di Malaysia jawatan Setiausaha (dan juga Bendahari) adalah dilantik oleh ketua NGO tesebut, sama ada ketua itu dipanggil Presiden, Yang Di Pertua atau Pengerusi. Untuk tidak keliru saya akan menyebut ketua NGO itu sebagai 'boss' sahaja di sini. Jawatan-jawatan lain termasuk 'boss' adalah dipilih oleh ahli-ahli atau perwakilan di Mesyuarat Agung NGO tersebut. 

Di lain perkataan seorang Setiausaha tidak dipilih oleh ahli-ahli NGO berkenaan di mana-mana Mesyuarat Agung. Setahu saya cuma ahli-ahli parti DAP memilih Setiausaha Agung mereke yang juga merupakan 'boss' parti itu. Ada juga jawatan yang dipanggil Setiausaha Kerja. Saya kurang pasti siapa melantiknya, cuma dia mestilah boleh menjalankan 'kerja-kerja' yang diarah oleh seorang Setiausaha.

Sudah tentu seorang 'boss' mana-mana NGO memilih seorang yang 'setia' dan 'berusaha' untuk menjadi Setiausaha. Ramai orang keliru dengan memikirkan seorang Setiausaha hendaklah 'setia' dan 'berusaha' kepada NGO. Dari pengalaman saya anggapan itu salah. Sebenarnya seorang Setiausaha hanya perlu 'setia' dan 'berusaha' kepada 'boss'nya sahaja. 

Bukan itu sahaja. Ikutan dari perkataan bahasa Inggeris 'secretary', seorang Setiausaha juga wajib menyimpan rahsia atau 'secret' boss'nya yang tidak perlu diketahui oleh ahli-ahli NGO itu termasuk Timbalan dan Naib 'boss', ahli-ahli Majlis Tertinggi atau ahli-ahli Jawatankuasa.

Dari itu seorang Setiausaha mungkin tidak disukai oleh semua ahli NGOnya tetapi jika dia mempunyai ciri-ciri 'setia', 'berusaha' dan 'penyimpan rahsia' kepada bossnya ahli-ahli tu nak buat macam mana. 

Di sinilah ada Setiausaha yang dituduh kurang ajar, angkuh dan sombong oleh orang nombor dua, nombor tiga, nombor empat dan seterusnya NGO bekenaan. Ada yang berkata 'Aku dipilih, sedangkan kau dilantik sahaja'. Tetapi selagi 'boss' percaya kepada Setiuasaha, mereka cakaplah apa-apa, Setiauaha tidak bergoncang pun. 

Sekian.

Thursday, December 3, 2015

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 6 (Singgah di Muar).

Persinggahan kami terakhir ialah rumah seorang kawan sekolah yang bergelar Yang Berhormat atau YB. Beliau ialah Dr. Mohammad bin Taslim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor kawasan Maharani di Muar.

Dr. Mohammad junior setahun dari saya di sekolah. Yang menarik mengenai YB ialah ia menang atas tiket Parti Islam Se Malaysia atau PAS. Ini di negeri di mana lahirnya UMNO. Saya masih ingat apabila saja YB menang saya telah menulis di blognya seperti ini "Di negeri di mana UMNO kuat, YB mesti mempunyai sebab yang baik menyertai PAS".

Berikut ialah gambar-gambar kunjungan ahli-ahli Sdara Seniors Club ke rumahnya.  

Antara yang mula saya nampak di Bandar Maharani, Kebetulan hari ini ialah Keputeraan DYMM Sultan Johor.

YB menyambut kedatangan kami.

Sila masuk.

Tak berjaya jadi YB atau doktor, bergambar dengannya pun sudah hebat.


Seperti biasa Zainuddin menerangkan tujuan kedatangan kami.

Walau pun ada di antara kami yang mempunyai fahaman politik berbeza dengan beliau, ini langsung tidak nampak. Semangat Sdarians mengatasi segalanya.


Ada dua orang lagi doktor selain Dr. Muhammad dalam gambar ini.

Dato' Ghani menympaikan cenderamata kepada YB. Dato' Ghani pun pernah bergelar YB atas jawatannya sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.



YB pula menyampaikan cenderamata kepada kawan-kawan di sekitar Muar dan Melaka.


Lagi penerima cenderamata.

Lagi.

Azudin dari Melaka.

Terima kasih, tuan rumah.

YB tuan rumah mengucapkan terima kasih atas kunjungan kami.

Setelah dijamu makan tengah hari, kami bergambar ramai.

Sekian cerita bergambar lawatan ahli-ahli Sdara Seniors Club ke Melaka dan Johor.

Tuesday, December 1, 2015

Orang berbudi kita berbahasa.

Tulian Jawi tu  macam 'JALAN GERAUDA 3' saja bunyinya.  


Tulisan Jawi di sini pula berbunyi ' LORONG HAJI ABD. SYEKAUR' dari apa yang saya belajar. Gambar dihantar oleh seorang kawan. Maaf saya tidak boleh dedahkan identitinya.
Perkataan 'Height' sepatutnya 'Heights'. Satu 'Height' terletak di bawah bukit dan satu lagi di atas bukit.

'Acassia' sepatutnya 'Acasia' dan 'Height' sepatutnya 'Heights'

Saya menulis pos kali ini akibat 'terkena' dua hari lepas. Saya dibelanja makan malam oleh anak saya di satu restoran Melayu yang menyediakan makanan barat atau 'western food' yang digila-gilakan oleh masyarakat Melayu sekarang. Saya perhatikan nahu iklan kedai itu dalam Bahasa Inggeris adalah salah. Saya pun pos gambar iklan itu di akaun Facebook saya, akaun satu kumpulan di mana saya jadi ahli dan juga akaun restoran itu. Saya tulis kebimbangan mungkin ada orang akan menganggap bagaimana teruk bahasa iklannya, begitulah teruk makanan dan perkhidmatan restoran ini.

Walaupun 'kawan-kawan' saya memberi komen yang baik dan juga restoran itu berterima kasih atas teguran saya, pembaca-pembaca kumpulan saya itu yang kebanyakannya saya tak kenal pun telah mengutuk saya. Ada yang berkata saya hendak menjatuhkan perniagaan orang Melayu. Ada yang berkata peduli apa dengan nahu, asal orang faham sudahlah. Tidak kurang yang berkata restoran ini sengaja melekehkan bahasa iklannya untuk menarik perhatian. Amboi.

Minggu lepas saya ternampak satu papan tanda jalan yang bunyi dalam tulisan Jawinya tidak sama dengan bunyi dalam tulisan Rumi. Yang mana betul saya tak tahu. Bila saya pos dalam Facebook, seorang kawan saya juga menghantar gambar yang mempunyai situasi sama.  

Pagi tadi saya ambil dua gambar papan arah taman-taman perumahan berhampiran rumah saya yang mempunyai nama-nama dalam bahasa Inggeris yang salah. 

Memang benar dalam ke-empat keadaan siapa yang membaca tulisan itu tidak akan sesat, sama seperti mereka yang membaca iklan di restoran itu faham akan masudnya. Tetapi bagi saya yang salah tetap salah.

Semasa saya masih bekerja di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dulu beberapa syarikat papan iklan di Seremban merujuk kepada saya sebelum memasang apa-apa papan iklan. Ini kerana mereka tahu selain fasih berbahasa Melayu, saya juga fasih berbahasa Inggeris. Mujurlah di masa itu (dan sekarang agaknya) MPS tidak mensyaratkan papan iklan dalam tulisan Jawi. Jika tidak syarikat-syarikat ini juga mungkin merujuk kepada saya. 

Tetapi selepas saya bersara papan-papan arah biru di atas seolah-olah membuktikan sudah tiada lagi pegawai-pegawai MPS yang tahu berbahasa Inggeris. Dari satu papan arah itu bukan sahaja bahasa atau ejaan yang salah, maksudnya pun salah. Ini kerana satu dari taman-taman yang mempunyai nama 'Heights' itu (yang memberi maksud ia terletak di aras tinggi) sebenarnya terletak di kaki bukit. Jika hujan berpanjangan boleh terkena banjir. Macam mana MPS boleh meluluskan nama itu?

Bagaimana MPS sebagai satu Pihak Berkuasa Tempatan boleh menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul di papan-papan iklan di kedai, contohnya jika papan-papan arah yang mereka pasang sendiri salah bahasanya?

Orang berbudi kita berbahasa. 

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 5 (Singgah di Kluang).

Di hari akhir lawatan kami ke Melaka dan Johor kami singgah di Kluang dan Muar.  Untuk memberipenghormatan dan perhatian kepada tuan-tuan rumah saya buat  satu pos untuk tiap-tiap lokasi Berikut ialah gambar-gambar kami singgah ke rumah Dato' Ismail bin Zam Zam, Sdarian 1956-1961.

Dato' Ismail Zam Zam ialah antara pelajar pertama yang masuk ke Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak (SDAR) yang sekarang sudah berpindah ke Sungai Gadut. Seremban, Negeri Sembilan. Malah dialah antara pelajar Semenanjung Tanah Melayu yang mula-mula berjaya dipilih masuk ke sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) yang diujudkan oleh Penyata Razak 1956. 

Sebelum SDAR Tg, Malim belum siap untuk menerima pelajar Dato' Ismail ditempatkan sementara di Bukit Zaharah, Johor Bahru, Johor pada awal tahun 1956. Beberapa bulan kemudian barulah Dato' Ismail dipindahkan ke Tanjong Malim.

Walau bagaimana pun kemudahan di Tanjong Malim pada mulanya tidaklah seperti  SBP sepatutnya. Ekoran itu penuntut-penuntut SDAR telah mengadakan apa yang disebut 'Mogok' pada tahun 1961 apabila Dato' Ismail Zam Zam menjadi Ketua Murid atau 'Head Boy'. Dato' Ismail yang dituduh sebagai salah seorang perancang 'Mogok' itu telah dibuang sekolah.

Tetapi ini tidak menghalang Dato' Ismail meneruskan pelajarannya di luar. Akhirnya beliau menjadi seorang pendidik yang berjaya sehingga pernah menjadi Pengetua SDAR semasa kampus sekolah berpindah ke Jalan Sikamat, Seremban. Beliau juga seorang penulis yang berjaya.  Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dato' Ismail Zam Zam.


Kami menuju ke rumah Dato' Ismail Zam Zam.

Dato' Ismail menyambut kami.

Ada diantara kami belum lahir semasa Dato' Ismail Zam Zam masuk SDAR. 

Dato' Ismail Zam Zam juga dikenali sebagai Zam Ismail. Biarlah poster itu bercerita.

Setiausaha Sdara Seniors Club, Zainuddin terus menyampaikan cenderamta kepada tuan rumah.

Walau kami ingin singgah sahaja, Dato' Ismail tetap menyediakan jamuan ringan untuk kami.

Dato' Ghani Sulaiman (baju hijau) mengambil alih sebagai Ketua Murid atau 'Head Boy' SDAR dari Dato' Ismail pada tahun 1962.

Selain jamuan ringan, Dato' juga menyediakan 'goodies' untuk kami bawa pulang.

Dato' Ismail menceritakan pahit manisnya sebagai peneroka pertama SDAR.

Akhirnya seperti biasa kami bergambar ramai.

Bersambung......

Sunday, November 29, 2015

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 4 (Makan sepuas-puasnya).

Selepas saja kami balik dari Restoran Asam Pedas Johor kepunyaan Dato' Aziz,saya kata pada kawan sebilik saya Zainal Abidin Enon yang sama-sama datang dari Seremban "Makan malam esok tentu tak kurang hebatnya". Ini kerana kami akan makan bukan di restoran, tetapi di tempat di mana seorang lagi kawan sekolah kami menyediakan makanan untuk perniagaan katerer makanannya.

Kebetulan kawan kami itu, Rosli Yem ada sama di makan malam sebelumnya. Sudah tentu dia tak mahu kalah (maaf Dato' Aziz). Tekaan saya betul seperti dibuktikan oleh gambar-gambar berikut.


 Menu utama ialah kambing golek dengan nasi arab dan telur pindang. Pertama kali saya makan kombinasi ini.

 Seoraang pekerja memotong cebisan daging kambing golek.

Banyak lagi makanan-makanan lain seperti sup kotak gear, capati, putu mayam tetapi bukan polisi saya suka mengambil gambar makanan.

Zainudin, Nik Amin dan Nik Khairudin, semuanya dari Kelantan. Tetapi sekarang menetap di Lembah Kelang.

 
Makan dan makan.

 Rosli Yem (dua dari kiri) dengan krunya.

 Makan di sini lebih santai.

Di program ini juga saya berjumpa dengan kawan-kawan Facebook saya pertama kali. Duduk paling kiri ialah kawan Facebook yang menggunakan nama Wh Wk. 

 Dr. Abdullah Daud, duduk paling kiri juga kawan Facebook yang pertama kali saya jumpa.

 Lepas makan minum pula.

 Dato' Aziz, pengusaha Restoran Asam Pedas Johor dan Datin pun turut sama.

Berhati-hati bila ambil gambar orang tengah makan. 

Akhirnya masa untuk memberi cenderamata. 

 Duduk di hadapan ialah Punawan Sarbini dari Simpang Renggam, Johor dan Zainal Abidin Enon dari Rantau, Seremban. Mereka fivers tahun 1966 (senior setahun dari saya). Kedua-duanya menjadi sebahagian dari kumpulan gitar The Flanders SDAR. Punawan bermain dram tetapi tidak memukul dan memijak lagi. Zainal dulu bermain gitar bass tetapi sekarang bermain keyboards secara professional. Yang menarik ialah Punawan akhirnya berumahtangga dengan penyanyi perempuan The Flanders, Mashitah yang bapanya dulu bekerja dengan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tg. Malim.

Oleh kerana kebanyakan cenderamata telah diberi di malam sebelumnya, hanya satu cenderama disampaikan pada malam ini.

 Seperti biasa setelah selesai majlis, kami bergambar ramai,

Gembira dalam bas semasa pulang ke hotel. Budak itu ialah cucu Wan Baharudin dari Kelantan yang duduk paling depan sebelah anaknya. Secara kebetulan Wan Baharudin atau Tok We ialah biras kepada sepupu saya Ghafar Ibrahim.

Gembira menarima 'goodies' dari tuan rumah.

Bersambung......