Kereta hitam, putih dan biru itu bukan nak isi angin atau air.
Tidak berapa lama dulu datang ke pejabat saya dua orang pesara suami isteri yang ingin menukar bank di mana duit pencen mereka hendak dimasukkan. Saya bertanya kenapa harus menukar bank sedangkan sekarang sudah ada mesin ATM di stesen-stesen minyak. Mereka menjawab tidak pernah menggunakan mesin ATM.
Ya stesen-stesen minyak bukan sahaja tempat untuk mengisi minyak, air dan angin kereta, tetapi menjadi tempat untuk mengeluar dan memasukkan duit, selain dari menjual makanan dan minuman ringan. Kemudahan surau dan tandas tak payah ceritalah.
Tetapi seperti biasa di negara ini, untuk apa-apa kemudahan tentu ada yang disalah guna. Saya ambil gambar di atas beberapa bulan yang lalu di Paroi, Seremban semasa hendak ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mujurlah saya hanya mengisi minyak dan tidak mengisi angin atau air untuk kereta. Mujur juga masih ada ruang bagi motosikal besar dalam gambar itu untuk diisi angin.
Tetapi saya terkena beberapa hari lepas di satu stesen minyak di Jalan Jelebu, Seremban. Kedua-dua pam angin dihalang oleh kereta-kereta yang diletak disitu oleh pemandunya yang berurusan lain. Mungkin mereka ke surau, ke tandas, mengeluarkan duit, memasukkan duit atau membeli makanan ringan. Yang pasti mereka langsung tidak memikirkan keperluan orang seperti saya.
Mujur juga hos angin di stesen itu cukup panjang untuk sampai ke semua tayar kereta saya walaupun saya terpaksa meletak kereta di belakang kereta-kereta yang menghalang tersebut. Mujur juga pemandu kereta yang saya halang tiba-tiba muncul setelah saya selesai mengepam angin tayar-tayar kereta saya. Kalau tidak gambar keretanya pun mungkin saya ambil dan siarkan.
Isu salah letak kereta telah banyak diviralkan di media sosial. Malah ada kumpulan bernama 'You Park Like An Asshole' dalam media sosial facebook. Perbalahan yang timbul dari salah letak kereta bukan perkara baru. Malah di Seremban beberapa tahun lalu ia berakhir dengan pembunuhan.
Sekian untuk renungan di akhir tahun ini.

No comments:
Post a Comment