Saturday, December 12, 2015

Bila Setiausaha dituduh kurang ajar.

Saya tertarik bila Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO dituduh kurag ajar. Saya juga Setiausaha kepada dua pertubuhan bukan kerajaan atau NGO, dari itu ingin menjelaskan serba sedikit mengenai kurang ajar ini.

Setiausaha ialah perkataan Melayu dari perkataan Inggeris 'secretary' yang pula berasal dari perkataan 'secret' bermakna 'rahsia'. Jadi makna sebenar 'secretary' ialah 'perahsia' atau 'penyimpan rahsia'. Walau bagaimana pun di Malaysia ini sebutan 'setiausaha' itu lebih tepat. Ini kerana untuk menjadi Setiausaha seorang itu hendaaklah 'setia' dan 'berusaha'.

Di kebanyakan NGO di Malaysia jawatan Setiausaha (dan juga Bendahari) adalah dilantik oleh ketua NGO tesebut, sama ada ketua itu dipanggil Presiden, Yang Di Pertua atau Pengerusi. Untuk tidak keliru saya akan menyebut ketua NGO itu sebagai 'boss' sahaja di sini. Jawatan-jawatan lain termasuk 'boss' adalah dipilih oleh ahli-ahli atau perwakilan di Mesyuarat Agung NGO tersebut. 

Di lain perkataan seorang Setiausaha tidak dipilih oleh ahli-ahli NGO berkenaan di mana-mana Mesyuarat Agung. Setahu saya cuma ahli-ahli parti DAP memilih Setiausaha Agung mereke yang juga merupakan 'boss' parti itu. Ada juga jawatan yang dipanggil Setiausaha Kerja. Saya kurang pasti siapa melantiknya, cuma dia mestilah boleh menjalankan 'kerja-kerja' yang diarah oleh seorang Setiausaha.

Sudah tentu seorang 'boss' mana-mana NGO memilih seorang yang 'setia' dan 'berusaha' untuk menjadi Setiausaha. Ramai orang keliru dengan memikirkan seorang Setiausaha hendaklah 'setia' dan 'berusaha' kepada NGO. Dari pengalaman saya anggapan itu salah. Sebenarnya seorang Setiausaha hanya perlu 'setia' dan 'berusaha' kepada 'boss'nya sahaja. 

Bukan itu sahaja. Ikutan dari perkataan bahasa Inggeris 'secretary', seorang Setiausaha juga wajib menyimpan rahsia atau 'secret' boss'nya yang tidak perlu diketahui oleh ahli-ahli NGO itu termasuk Timbalan dan Naib 'boss', ahli-ahli Majlis Tertinggi atau ahli-ahli Jawatankuasa.

Dari itu seorang Setiausaha mungkin tidak disukai oleh semua ahli NGOnya tetapi jika dia mempunyai ciri-ciri 'setia', 'berusaha' dan 'penyimpan rahsia' kepada bossnya ahli-ahli tu nak buat macam mana. 

Di sinilah ada Setiausaha yang dituduh kurang ajar, angkuh dan sombong oleh orang nombor dua, nombor tiga, nombor empat dan seterusnya NGO bekenaan. Ada yang berkata 'Aku dipilih, sedangkan kau dilantik sahaja'. Tetapi selagi 'boss' percaya kepada Setiuasaha, mereka cakaplah apa-apa, Setiauaha tidak bergoncang pun. 

Sekian.

No comments: