Tuesday, December 1, 2015

Orang berbudi kita berbahasa.

Tulian Jawi tu  macam 'JALAN GERAUDA 3' saja bunyinya.  


 Tulisan Jawi di sini pula berbunyi ' LORONG HAJI ABD. SYEKAUR' dari apa yang saya belajar. Gambar dihantar oleh seorang kawan. Maaf saya tidak boleh dedahkan identitinya.
Perkataan 'Height' sepatutnya 'Heights'. Satu 'Height' terletak di bawah bukit dan satu lagi di atas bukit.

'Acassia' sepatutnya 'Acasia' dan 'Height' sepatutnya 'Heights'

Saya menulis pos kali ini akibat 'terkena' dua hari lepas. Saya dibelanja makan malam oleh anak saya di satu restoran Melayu yang menyediakan makanan barat atau 'western food' yang digila-gilakan oleh masyarakat Melayu sekarang. Saya perhatikan nahu iklan kedai itu dalam Bahasa Inggeris adalah salah. Saya pun pos gambar iklan itu di akaun Facebook saya, akaun satu kumpulan di mana saya jadi ahli dan juga akaun restoran itu. Saya tulis kebimbangan mungkin ada orang akan menganggap bagaimana teruk bahasa iklannya, begitulah teruk makanan dan perkhidmatan restoran ini.

Walaupun 'kawan-kawan' saya memberi komen yang baik dan juga restoran itu berterima kasih atas teguran saya, pembaca-pembaca kumpulan saya itu yang kebanyakannya saya tak kenal pun telah mengutuk saya. Ada yang berkata saya hendak menjatuhkan perniagaan orang Melayu. Ada yang berkata peduli apa dengan nahu, asal orang faham sudahlah. Tidak kurang yang berkata restoran ini sengaja melekehkan bahasa iklannya untuk menarik perhatian. Amboi.

Minggu lepas saya ternampak satu papan tanda jalan yang bunyi dalam tulisan Jawinya tidak sama dengan bunyi dalam tulisan Rumi. Yang mana betul saya tak tahu. Bila saya pos dalam Facebook, seorang kawan saya juga menghantar gambar yang mempunyai situasi sama.  

Pagi tadi saya ambil dua gambar papan arah taman-taman perumahan berhampiran rumah saya yang mempunyai nama-nama dalam bahasa Inggeris yang salah. 

Memang benar dalam ke-empat keadaan siapa yang membaca tulisan itu tidak akan sesat, sama seperti mereka yang membaca iklan di restoran itu faham akan masudnya. Tetapi bagi saya yang salah tetap salah.

Semasa saya masih bekerja di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dulu beberapa syarikat papan iklan di Seremban merujuk kepada saya sebelum memasang apa-apa papan iklan. Ini kerana mereka tahu selain fasih berbahasa Melayu, saya juga fasih berbahasa Inggeris. Mujurlah di masa itu (dan sekarang agaknya) MPS tidak mensyaratkan papan iklan dalam tulisan Jawi. Jika tidak syarikat-syarikat ini juga mungkin merujuk kepada saya. 

Tetapi selepas saya bersara papan-papan arah biru di atas seolah-olah membuktikan sudah tiada lagi pegawai-pegawai MPS yang tahu berbahasa Inggeris. Dari satu papan arah itu bukan sahaja bahasa atau ejaan yang salah, maksudnya pun salah. Ini kerana satu dari taman-taman yang mempunyai nama 'Height' itu (yang memberi maksud ia terletak di aras tingg) sebenarnya terletak di kaki bukit. Jika hujan berpanjangan boleh terkena banjir. Macam mana MPS boleh meluluskan nama itu?

Bagaimana MPS sebagai satu Pihak Berkuasa Tempatan boleh menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul di papan-papan iklan di kedai, contohnya jika papan-papan arah yang mereka pasang sendiri salah bahasanya?

Orang berbudi kita berbahasa. 

1 comment:

Abdul Hamid Hussin said...

Ini kelemahan di pihak2 berkuasa tidak mempunyai orang yang berpengtahuan (ilmu) dalam hal-hal bahasa dan tulisan, khususnya bahasa Inggeris dan tulisan jawi.....adakan ini gambaran bahawa kita warga Malaysia sudah kurang ilmu, walau pun dalam bidang yang sekecil ini?