Sunday, November 29, 2015

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 4 (Makan sepuas-puasnya).

Selepas saja kami balik dari Restoran Asam Pedas Johor kepunyaan Dato' Aziz,saya kata pada kawan sebilik saya Zainal Abidin Enon yang sama-sama datang dari Seremban "Makan malam esok tentu tak kurang hebatnya". Ini kerana kami akan makan bukan di restoran, tetapi di tempat di mana seorang lagi kawan sekolah kami menyediakan makanan untuk perniagaan katerer makanannya.

Kebetulan kawan kami itu, Rosli Yem ada sama di makan malam sebelumnya. Sudah tentu dia tak mahu kalah (maaf Dato' Aziz). Tekaan saya betul seperti dibuktikan oleh gambar-gambar berikut.


 Menu utama ialah kambing golek dengan nasi arab dan telur pindang. Pertama kali saya makan kombinasi ini.

 Seoraang pekerja memotong cebisan daging kambing golek.

Banyak lagi makanan-makanan lain seperti sup kotak gear, capati, putu mayam tetapi bukan polisi saya suka mengambil gambar makanan.

Zainudin, Nik Amin dan Nik Khairudin, semuanya dari Kelantan. Tetapi sekarang menetap di Lembah Kelang.

 
Makan dan makan.

 Rosli Yem (dua dari kiri) dengan krunya.

 Makan di sini lebih santai.

Di program ini juga saya berjumpa dengan kawan-kawan Facebook saya pertama kali. Duduk paling kiri ialah kawan Facebook yang menggunakan nama Wh Wk. 

 Dr. Abdullah Daud, duduk paling kiri juga kawan Facebook yang pertama kali saya jumpa.

 Lepas makan minum pula.

 Dato' Aziz, pengusaha Restoran Asam Pedas Johor dan Datin pun turut sama.

Berhati-hati bila ambil gambar orang tengah makan. 

Akhirnya masa untuk memberi cenderamata. 

 Duduk di hadapan ialah Punawan Sarbini dari Simpang Renggam, Johor dan Zainal Abidin Enon dari Rantau, Seremban. Mereka fivers tahun 1966 (senior setahun dari saya). Kedua-duanya menjadi sebahagian dari kumpulan gitar The Flanders SDAR. Punawan bermain dram tetapi tidak memukul dan memijak lagi. Zainal dulu bermain gitar bass tetapi sekarang bermain keyboards secara professional. Yang menarik ialah Punawan akhirnya berumahtangga dengan penyanyi perempuan The Flanders, Mashitah yang bapanya dulu bekerja dengan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tg. Malim.

Oleh kerana kebanyakan cenderamata telah diberi di malam sebelumnya, hanya satu cenderama disampaikan pada malam ini.

 Seperti biasa setelah selesai majlis, kami bergambar ramai,

Gembira dalam bas semasa pulang ke hotel. Budak itu ialah cucu Wan Baharudin dari Kelantan yang duduk paling depan sebelah anaknya. Secara kebetulan Wan Baharudin atau Tok We ialah biras kepada sepupu saya Ghafar Ibrahim.

Gembira menarima 'goodies' dari tuan rumah.

Bersambung......

No comments: