Monday, November 23, 2015

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 1.

Saya dan seorang senior sekolah saya bergiat dalam satu Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO kebangsaan. Hari Jumaat lepas NGO kami bermesyuarat di mana senior saya itu patut hadir. Di waktu yang sama satu kumpulan murid tua sekolah kami mengadakan lawatan ke Melaka dan Johor dan saya bertemu dengan senior ini di situ. 

Oleh kerana menghormati protokol dan etika di mana senior saya ini bukan sahaja lebih tua dari saya tetapi jawatannya dalam NGO tersebut lebih tinggi, saya tidak menyoal kenapa dia tidak hadir di mesyuarat itu. Saya cuma meyebutnya sahaja. Tetapi jawapannya ialah "Yang ini (perjumpaan dengan kawan-kawan sama sekolah) lagi mustahak".

Saya tidak mahu mendedahkan identiti senior saya ini. Tetapi dari cerita bergambar berikutnya saya cuba meyakinkan pembaca mengapa senior saya ini memilih untuk bersama kawan-kawan sekolah di mana dia tidak perlu membuat apa-apa keputusan sedangkan di mesyuarat itu beliau mungkin berhadapan dengannya.

Kegembiraan telah nampak di dalam bas lagi. Jangan terpedaya dengan jumlah yang nampak. Ada lagi di depan tu.

Syok sendiri dalam bas.

Kami dah sampai di Plaza Tol Air Keroh, Melaka.

Majlis Bandaraya Melaka Bandar Bersejarah. ABDUL RAZAK ialah JALAN TUN ABDUL RAZAK. Nama itu juga diabadikan untuk sekolah kami, Sekolah Dato' Abdul Razak atau SDAR.

Kami dah sampai ke tujuan pertama. Restoran Melayu, Kg. Morten, Melaka.

Pandangan Sungai Melaka yang dilalui Melaka River Cruise.


Pergi ke Masjid dulu untuk solat Jumaat.

Pandangan dalam masjid semasa Khatib membaca Khutbah. Tajuknya ialah 'Kewajipan membayar Zakat'

Saya bersandar di cermin.

Ini masjidnya, Masjid Fat'hur Rahman, Pengkalan Rama, Melaka.

You don't mess with me, I won't mess with you.

Berjalan balik ke Restoran Melayu selepas solat Jumaat.


Ada juga yang membawa isteri.

Penghulu Sdara Melaka Muhamad Abdullah risau anak-anak buahnya belum datang lagi.

Berjumpa dengan junior saya Hazudin Hashim, Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Jasin yang kebetulan ada acara lain di situ.

 Menunggu untuk makan.

 Orang Melaka dah mula datang.

 Lagi datang.

 Penghulu Sdara Melaka memberi ucapan alu-aluan di'perhati'kan Ketua Menterinya.

 Ramah mesra selepas makan.

 Cenderamata untuk seniors dari Melaka.

 Penghulu pun dapat cenderamata.

Akhirnya kami bergambar ramai sebelum bertolak ke Johor Bahru.

Bersambung............

No comments: