Basikal MTB jenama Le Run Titan 21 gear berumur lebih sepuluh tahun.
Poi pokan,
Naik basika,
Tongah haghi,
Tongah paneh,
Apo dayo, motong gotah,
Apo nak dikato,
Kalau bulih nak jadi cik gu sekolah,
Kek Kolo Pilah
Itu lah senikata permulaan lagu 'Apo Nak Dikato' nyanyian The Blues Gang dan ciptaan Ito Mohamad kalau tak salah saya. Tapi kalau diteliti betul-betul ia merendahkan martabat penunggang basikal. Seolah-olah siapa yang naik basikal adalah setaraf dengan penoreh getah. Kalau sudah bekerja tetap seperti menjadi guru sekolah tak payah naik basikal lagi.
Saya tertarik dengan blog kawan sekolah saya Abedip di sini http://bikex.vox.com/. Sebenarnya saya pun kaki basikal juga. Saya mempunyai basikal selain dari skuter dan kereta. Basikal saya ini seperti gambarnya di atas saya gunakan untuk pergi ke surau dan kadang-kadang ke warung berdekatan dengan rumah saya untuk membeli minum pagi di hujung minggu. Kadang-kadang saya bersiar-siar di taman-taman perumahan berhampiran di waktu petang dan hujung minggu.
Baru-baru ini seperti biasa saya berbasikal ke surau. Seorang jemaah terus bersalam dengan saya dengan manyatakan 'Lama tak nampak'. Sebenarnya selepas Hari Raya saya sudah datang ke surau dengan kereta dan motosikal kerana hari hujan tetapi tidak disedari oleh jemaah ini. Ini ialah kerana selain dari kanak-kanak cuma saya seorang sahaja orang dewasa yang berbasikal ke surau. Jemaah lain berjalan kaki, menunggang motosikal atau berkereta. Seolah-olah basikal sudah menjadi identiti saya.
Saya rasa ada dua sebab utama kenapa orang Malaysia kurang berbasikal.
- Pertama ialah infrastruktur kita tidak mesra penunggang basikal. Penunggang basikal terpaksa berkongsi jalan dengan pengguna kenderaan lain tersmasuk lori sepuloh tayar, jengkaut dan Mat Rempit. Ini berbeza dengan situasi di Jepun contohnya dimana penunggang basikal cuma berkongsi jalan dengan pejalan kaki (pedestrian).
- Kedua orang kita terlalu mementingkan status (status concious). Lagi tinggi status kita lagi besar kenderaan dan rumah yang kita perlukan. Buat apa naik basikal 'tongah haghi, tongah paneh' kalau boleh naik kereta berhawa dingin.
Tetapi bagi saya 'Walau apo oghang nak kato' saya tetap akan berbasikal.
3 comments:
Thanks for sharing your basikal story with us.Ito went to TIKL.He was in form 5 when I left sdar and joined TIKL in 1969(form 4).
--adib
Thanks abang maarof for sharing your 'basikal ku'story.
You are most welcome to join our sdara bicycle ride at Putrajaya.
Ad lg ke basikal ni tuan
Post a Comment