Monday, October 20, 2008

Terowong




Saya masih ingat lagi lebih dari dua puluh tahun yang lalu dimana saya mengikuti satu lawatan Jabatan saya ke Republik Singapura. Antara perkara yang kami belajar ialah lanskap (landscape). Di masa itu Lapangan Terbang Changi, Singapura baru dibuka beberapa tahun. Kami diberitahu pada awalnya lebuh raya yang menuju ke lapangan terbang itu dipagari dengan pokok 'Royal Palm'. Tetapi apabila Perdana Menteri Lee Kuan Yew melihatnya beliau kurang bersetuju. Beliau mahukan supaya pelawat ke Republik itu seolah-olah melalui satu terowong apabila sahaja mereka turun dari kapal terbang. Penyelesaiannya ialah pokok-pokok 'Royal Palm' tadi dicabut dan digantikan dengan pokok hujan atau 'Rain Tree'. Apabila besar dahan-dahan dari pokok hujan yang di tanam di kiri kanan jalan akan bertembung dan terciptalah satu terowong.

Walau pun idea itu merupakan satu yang baik saya jarang-jarang melihatnya di Malaysia ini. Lapangan terbang kita KLIA pernah disebut Lapangan Terbang Dikelilingi Hutan. Tetapi hutan ini dengan tiba-tiba lenyap apabila penumpang masuk ke lebuh raya untuk menuju ke ibu kota kerana ia diganti oleh papan-papan iklan. Cuma saya ingat terowong seperti di Singhapura itu terdapat di Taman Tasik Taiping, Perak.

Semalam saya berada di Saujana Utama, Sungai Buluh, Selangor mengadiri rumah terbuka anak saya Ina. Pada paginya saya keluar sekejap untuk melihat keadaan sekeliling yang boleh diambil gambar. Saya ternampak terowong seperti gambar-gambar di atas. Alangkah selesa terowong ini untuk pemandu kenderaan, penunggang basikal dan pejalan kaki.

1 comment:

Anonymous said...

Uncle, saya setuju dgn pandangan itu. Kalau dilihat, walaupun KLIA telah berusia 10 tahun, tetapi sebaik kita memandu keluar dari KLIA kelihatan pokok2 nya macam terbantut dan macam baru ditanam. They dont even look that they are native to the land.