Wednesday, December 16, 2009

Cakap Melayu sajalah - Bahagian 2

Cuba lihat gambar di atas. Notis ini dilekatkan di beberapa unit KTM Komuter. Bahasa Melayunya betul tetapi Bahasa Inggerisnya salah. Oleh kerana 'hentian' yang dimasudkan lebih dari satu ia sepatutnya ditulis 'LIMITED STOPS'.

Penumpang tren kita bukan sahaja orang Malaysia tetapi orang asing juga. Apa pandangan orang asing tentang betapa rendahnya pengetahuan Bahasa Inggeris rakyat kita. Di dalam kes ini sepatutnya pegawai-pegawai KTM bertanya dahulu kepada sesiapa yang tahu sebelum mencetak notis di atas.

Bercakap mengenai KTM saya pernah naik tren antara-bandarnya dari Seremban ke Johor Bahru. Apabila hendak berhenti di mana-mana stesen akan terdengar pemberitahuan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Inggerisnya berbunyi begini "Ladies and gentlemen, this train will be arriving Tampin Station". Begitulah seterusnya di Gemas, Segamat sehingga Singapura. Silapnya sedikit sahaja iaitu sepatutnya diselitkan perkataan pendek "at' antara "arriving" dengan nama Stesen. Saya tidak faham kenapa KTM tidak bertanya kepada sesiapa yang tahu mengenai perkara yang memalukan ini.

Saya masih ingat lagi semasa Kolam Renang Negeri di Paroi, Seremban baru dibuka dahulu. Diletakkan juga notis-notis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk notis "DILARANG TERJUN" ditulis "NO JUMP" dalam Bahasa Inggeris. Nasib baik juga selepas itu Kolam Renang itu diserahkan kepada Majlis Perbandaran Seremban untuk jagaan. Yang DiPertua saya yang tahu Bahasa Inggeris terus mengarahkan notis itu diganti dengan bahasa yang betul iaitu "NO DIVING".

Soalnya di sini kenapa pihak yang berkuasa tidak bertanya kepada pihak yang tahu mengenai pencemaran bahasa ini. Agaknya mereka terlalu ego dan takut maruah mereka tercemar kerana disyaki tidak tahu berbahasa Inggeris.

1 comment:

Anonymous said...

Maarof,

kemungkinan besar, orang yang di tugas kan untuk menulis dan 'proof read' papan tanda itu, tidak arif didalam bahasa Inggeris. Seperkara lagi, dia tidak hendak bertanya atau minta pandangan mereka yang tahun bahasa itu... asalkan boleh sahaja.

Satu lagi, dia merujuk kepada kamus 'Bahasa Melayu -> English'..... atau sekarang ada kamus electronic.... tekan perkataan didalam bahasa Melayu akan keluar perkataan inggerisnya.... hamba Allah itu ambil apa yang dia fikir betul aje.


computer gerenated translation, pun mungkin juga. Kadang-kadang, bila kita baca sub title film di TV, bila pelakon punya dialogue kata 'Fire' bermakna 'tembak' atau shoot.... direct translation nya ialah 'Api'......... Habih cam no?

wallah hu aklam

wassalam
MA