Pagi semalam, 23 Julai 2017 saya menaiki fasa kedua MRT laluan Sungai Buloh - Kajang atau SBK yang mula beroperasi pada 17 Julai 2017 yang lalu. Biarlah gambar-gambar berikut menceritakan perjalanan saya itu.
Saya mulakan perjalanan dengan tren KTM Komuter bermula dari Platform 2 Stesen KTM Seremban. Di bahagian hujung inilah saya biasa menunggu tren komuter bila hendak ke utara. Koc pertama dan kedua akan berhenti di sini dan saya hairan kenapa masih ada perempuan yang menunggu di bahagian ini sedangkan mereka mempunyai koc-koc khas di bahagian tengah.
Tren saya dari Pulau Sebang (Tampin) sudah sampai. Perempuan itu akan duduk satu koc dengan saya. Di dalam tren pemandu membuat pengumuman meminta penumpang lelaki yang berada di koc-koc wanita supaya berpindah. Tetapi dia tidak pula meminta wanita solo supaya berpindah dari koc-koc biasa.
Saya sudah sampai di stesen MRT Kajang. Seperti Sungai Buloh, stesen KTM di sini juga sudah berpindah betul-betul di bawah stesen MRT.
Mereka juga menunggu tren MRT seperti saya.
Setibanya tren, saya terus pergi ke bahagian paling hadapan. Tren MRT tiada pemandu.
Dapatlah saya mengambil gambar-gambar seperti ini. Berselisih dengan tren MRT No. 001.
Lebuhraya Kula Lumpur - Kajang agak lengang di hujung minggu.
Tetapi MRT penuh.
Tren memasuki laluan bawah tanah. Stesen pertama ialah Maluri. Sila klik untuk melihat video.
Tren ini tidak bergerak.
Plaza Tol Batu 9 Cheras.
Cheras Central, dulu Plaza Phoenix betul-betul di sebelah stesen MRT. Biasanya jalan di bawah itu sesak dengan kenderaan.
Tren MRT berjalur gemilang. Perhatikan 'pemandu' di hadapan tu.
Saya sudah sampai ke stesen yang dituju, Muzium Negara. Dari situ saya berjalan kaki ke KL Sentral.
Tunjuk arah ke KL Sentral.
Saya sudah sampai ke KL Sentral, setelah berjalan kaki kebih kurang 200 meter dengan bantuan 'escalator'.
Setelah lepak di KL Sentral, masa untuk pulang dengan bantuan tunjuk arah ini. Saya menaiki MRT ke Kajang dan dari situ KTM Komuter ke Seremban.
Sekian.
No comments:
Post a Comment