Thursday, February 24, 2011

Ini dah melampau.

Saya tidak mahu memburukkan jabatan lama saya Majlis Perbandaran Seremban. Tetapi bila sudah berlaku keadaan seperti dalam gambar-gambar ini saya terpaksa menghebahkannya. Gambar-gambar diambil di perkarangan Pasar Besar Seremban.

Dua-dua kereta di hadapan ini sedang diletakkan. Pemandu entah kemana. Kereta di kanan diletak sebelah garisan kembar kuning. Kereta di sebelah kiri tak mahu kalah. Ia diletak betul-betul tengah jalan.


Kereta sebelah kanan tadi sudah berlalu, tetapi kereta ini masih diletakkan di tengah jalan. Mana pihak berkuasa?

1 comment:

Anonymous said...

Maarof

Scene yang macam itu kerap kita jumpa. Apatah lagi di depan bank atau supermart. Yang lebih membaut kita geram kereta itu dari jenis Mercedes dan bercermin gelap. Park tempat yang tidak payah bayar dan menyusahkan motorists lain.

Kereta setengah juta boleh beli, tetapi parking 40 sen atau 60 sen tidak nak buat.

Wallah hu aklam

wasalam

MA