Saturday, July 14, 2012

Kita asyik berdemo dan berkonvensyen, orang asing mengotorkan bandaraya kita.

Gambar di atas bukan diambil di Jakarta, Bandung atau Manila. Tetapi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Pagi tadi saya menghadiri satu konvensyen di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Semasa ucapan pembukaan penganjur konvensyen menyatakan Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur sangat strategik. Di situlah berlaku demonstrasi yang di namakan Bersih 1, 2 dan 3 dan pada petang tadi juga diadakan satu lagi demonstrasi yang dinamakan Oren.

Sedang konvensyen berlaku saya pun memandang sekeliling untuk mencari apa-apa yang boleh digambarkan. Saya pun ternampak pandangan di atas. Kata orang 'a picture is worth a thousand words', jadi tidak payahlah saya menerangkan panjang lebar mengenai gambar tersebut.

Cuma saya berani menyatakan perbuatan membuang sampah itu dilakukan oleh pendatang asing yang membanjiri Kuala Lumpur sekarang. Semasa menuju ke stesen monorail dalam perjalanan pulang saya terasa seolah-olah berada di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Lagu-lagu minang dan dangdut terdengar di sana-sana sini.

Inilah akibat kita asyik bergaduh sama sendiri, berdemo dan berkonvensyen. Sedangkan orang asing datang mengotorkan negara kita. Ini saya belum sebut lagi masalah sosial yang mereka bawa bersama.

Kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur saya ada satu cadangan, hasil dari pengalaman saya bekerja di Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT. Adakan satu gotong-royong dan paksa penghuni-penghuni yang membuang sampah itu memungut sampah yang mereka sendiri buang itu. Letak beberapa orang sahaja pekerja DBKL untuk membantu, terutama jika apa-apa jentera diperlukan.

Dengan cara itu si pengotor akan terasa, kerana mereka akan memungut sampah yang mereka buang sendiri. Jika tidak selagi kita asyik berdemo dan berkonvensyen orang asing akan terus mengotorkan negara kita. 

2 comments:

Mr Glocalatic said...

Assalamualaikum Haji Maarof ....saya pun setuju dengan pendapat Tuan Haji.... kebersihan bandaraya adalah tanggungjawab kita bersama... tetapi kurang setuju jika hanya 100% orang asing sahaja mengotorkan bandaraya kita....sebenarnya mana mana negara jika rakyatnya mengambil sikap tidak ambil peduli dan kisah...maka bermaharajalelalah Raja Sampah dan kuncu kuncunya.... cadangan saya ialah gandingan bahu orang awam dan kerajaan untuk membanteras kegiatan kegiatan sebegini yang merosakan imej negara... kebersihan negara adalah tanggugjawab semua itu baru minda kelas pertama... Rasulullah sentiasa bekerja sama dengan ummatnya...walaupun Baginda dipilih untuk dijadikan pemimpin Baginda tetap turun padang dan tidak menjadikan kedudukan Baginda alasan untuk tidak bersama ummatnya.... embina masjid, bergotong royong...Ummat berpeluh Baginda pun turut berpeluh ....Kerajaan yang sebeginilah yang akan berjaya mencapai matlamatnya