Kepada kawan yang dimaksudkan aku minta maaf jika tulisanku ini mengaibkan kau. Aku tidak bermaksud begitu.
Sudah menjadi kebiasaan kawan-kawan sekolah ku berjumpa sebulan sekali. Kebetulan kami dari sekolah asrama penuh, dari itu bila berjumpa banyak cerita-cerita lama yang kami bincangkan.
Ada seorang kawan aku ini tidak pernah masuk campur dalam sembang bulanan yang kami panggil 'sessi teh tarik' ini. Tetapi baru-baru ini aku hairan apabila dia tiba-tiba menunjukkan minatnya. Akaun 'facebook'nya yang selama ini tidak aktif, tiba-tiba aktif. Gambar profilnya yang dibiarkan kosong tiba-tiba memunculkan gambarnya. Aku pun turut gembira kerana perkembangan positif ini.
Selama ini kami mengadakan perjumpaan bulanan merata-rata tanpa tempat yang tetap. Tetapi kebetulan seorang kawan kami menjadi ahli kepada satu kelab eksklusif. Dia pun menawarkan untuk kami bersessi teh tarik di kelabnya. Selepas ini aku akan menyebutnya sebagai tuan rumah sahaja.
Apabila notis dikeluarkan dalam 'facebook' oleh tuan rumah antara yang mula-mula menjawab akan hadir ialah kawan yang baru muncul ini. Sehingga dia bertanya kat aku kenapa si polan dan si polan tidak dijemput sama. Aku jawab aku bukanlah tuan rumah dan juga jika si polan dan si polan itu membuka 'facebook' mereka sudah tentu mereka juga nampak akan jemputan kali ini.
Tibalah masa untuk sessi teh tarik ini beberapa malam yang lepas. Akulah yang mula-mula sampai sedangkan tuan rumah tak nampak batang hidung lagi. Cuba teka siapa yang kedua sampai? Tak lain tak bukan ahli kumpulan kami yang baru itu. Cukup bersemangat dia.
Apabila tuan rumah sampai bersama kawan-kawan yang lain kami berborak sebentar di lobi kelab. Kawan-kawan yang sudah biasa agak terperanjat dengan kehadiran ahli kami yang paling baru ini. Oleh kerana dia kawan sekelas dengan aku, akulah yang memperkenalkannya dengan kawan-kawan lama itu.
Tuan rumah kemudian mengajak kami masuk ke satu bilik khas berhawa dingin yang sudah ditempahnya. Dia pun memanggil seorang pekerja kelab dan menanya kami seorang demi seorang apa makanan yang kami ingin tempah. Tidak kira apa yang kami makan, akhirnya kami akan bayar secara purata. Sementara menanti makanan tiba, kawan baru kami tiba-tiba keluar meninggalkan bilik tanpa memberi apa-apa alasan. Tekaan kami dia hendak ke tandas atau merokok di luar bangunan kelab. Tetapi fakta kedua ini jika benar akan memeranjatkan aku, sebab setahu aku dia ini tidak merokok.
Tunggu punya tunggu kawan kami ini tidak muncul-mucul. Sehingga masuk beberapa orang kawan yang lewat sampai kawan ini tidak mucul kembali. Kami semua merasa cemas dan mereka semua meminta aku menaliponnya. Tapi apa yang ada padaku ialah nombor telefon rumahnya. Walau bagaimana pun aku takut untuk memanggil nombor itu. Buat-buat dia belum sampai ke rumah, nanti apa pula sangkaan keluarganya?
Tiba-tiba aku lihat ada mesej melalui program 'facebook' di telefon bimbitku. Mujur juga telefon bimbitku ada kemudahan internet. Kawan kami yang tiba-tiba hilang itu meminta maaf terpaksa beredar kerana tidak tahan kesejukan dalam bilik berhawa dingin. Tangannya gatal-gatal terkena angin 'air-con' katanya,
Sayang seribu kali sayang dia yang baru sahaja hendak bermesra semula dengan kawan-kawan lama satu sekolah hanya dapat berbuat demikian untuk beberapa minit. Tuan rumah kenalah memikirkan sesuatu untuk sessi akan datang selepas raya nanti.
Sementara itu kita lupakanlah episod itu dan tumpukan perhatian kepada abidat berpuasa di bulan Ramadan nanti.
No comments:
Post a Comment