Cermin 'sliding door' surau saya dipecahkan oleh budak nakal semasa solat.
Setelah tidak ke surau beberapa hari kerana tidak sihat dan lain-lain, tadi saya pergi ke sana walau pun tidak sihat sepenuhnya. Seperti biasa saya membawa sebuah beg kecil yang isinya hanya satu 'tripod' kecil untuk membantu saya mengambil gambar-gambar dalam surau tanpa mengganggu orang lain. Biasa saya mengambil gambar semasa kuliah antara solat Maghrib dengan Isya'.
Tetapi tadi saya tidak mengambil apa-apa gambar semasa kuliah. Akhirnya gambar lain pula yang saya ambil.
Tetapi tadi saya tidak mengambil apa-apa gambar semasa kuliah. Akhirnya gambar lain pula yang saya ambil.
Semasa hendak solat Isya' saya masukkan telefon bimbit saya ke dalam beg kecil itu, walau pun biasanya telefon itu sentiasa berada dalam poket baju Melayu saya. Kemudian saya gantungkan beg itu di tingkap surau.
Semasa hendak solat saya terfikir akan kejadian-kejadian yang diviralkan di mana pencuri mencuri beg-beg jemaah semasa solat. Walau pun saya tidak terfikir kejadian begitu akan berlaku di surau saya, apa salahnya saya mencegahnya sebelum menyesal. Oleh itu saya letakkan beg itu di hadapan saya.
Biasalah semasa solat terdengar suara budak-budak membuat bising di belakang jemaah. Sudah tentu mereka tidak solat bersama. Tiba-tiba terdengar seperti bunyi kaca pecah. Memang ada jemaah yang membawa anak-anak kecil atau 'toddlers' semasa kuliah tadi. Tetapi saya tidak terfikir 'toddlers' itu terlanggar atau sengaja melanggar cermin 'sliding door' surau saya. Kalau terlanggar pun tidak mungkin cermin boleh pecah.
Setelah selesai solat Isya' saya mendapat jawapannya. Cermin dilanggar oleh seorang budak yang sudah besar. Dia dan kawan-kawannya tidak ada bersama semasa kuliah tadi. Mereka datang cuma untuk bermain-main semasa jemaah solat.
Budak itu sudah meninggalkan surau. Kata kawannya (yang juga saya tidak nampak semasa tazkirah) 'tangannya berlubang' akibat terkena kaca.
Permintaan saya kepada emak bapak, pantaulah anak-anak tuan-puan. Jangan ingat jika mereka kata hendak ke saurau, mereka sebenarnya hendak solat atau mendengar tazkirah.
Oh ya, takzirah tadi ialah berkenaan penjagaan anak-anak.
Permintaan saya kepada emak bapak, pantaulah anak-anak tuan-puan. Jangan ingat jika mereka kata hendak ke saurau, mereka sebenarnya hendak solat atau mendengar tazkirah.
Oh ya, takzirah tadi ialah berkenaan penjagaan anak-anak.
No comments:
Post a Comment