Y.B. Dato' Adnan Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Negeri Sembilan yang juga seorang Sdarian menyerahkan baki wang sumbangan kami.
En. Shaari bin Daud dilahirkan pada 25 Oktober 1949 di Kampung Baru 'B', Hulu Bernam, Selangor. Pada tahun 1965 dia mula bekerja di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Tanjong Malim, Perak sebagai seorang Budak Pejabat atau Office Boy. Jawatan itu sekarang dipanggil Pembantu Am Rendah atau PAR. Oleh kerana En. Shaari tua dari saya selama dua bulan lebih, saya akan memanggilnya Abang Shaari.
Pekan-pekan Hulu Bernam dan Tanjong Malim hanya dipisahkan oleh Sungai Bernam. Oleh itu tidak menjadi masalah untuk Abang Shaari untuk berulang alik dari rumahnya ke tempat kerja, walau pun dengan berjalan kaki. Sehingga sekarang pun saya difahamkan ramai penduduk di Hulu Bernam, Selangor bekerja di Tanjong Malim, Perak.
Semasa Abang Shaari mula bekerja di SDAR saya sudah memasukki Tingkatan Tiga di sekolah yang sama. Pada penghujung tahun 1967 saya pula meninggalkan SDAR Tg. Malim setelah tamat persekolahan.
Apabila SDAR berpindah ke Sikamat, Seremban pada tahun 1972 Abang Shaari yang masih bujang, ikut sama, walau pun ramai kakitangan rendah SDAR memilih tinggal di Tg. Malim dan bekerja dengan Maktab Perguruan Sultan Idris atau MPSI.
Pada tahun 1973 pula saya kembali ke Seremban dan bertugas di Majlis Bandaran Seremban (MBS), (sekarang Majlis Perbandaran Seremban atau MPS) setelah bertugas di Kementerian Kesihatan, termasuk di Kelantan sebelumnya.
Semangat 'Once a Sdarian, always a Sdarian' menyebabkan saya sering berkunjung ke SDAR, Seremban. Takdir Allah juga menemukan saya kembali dengan Abang Shaari, walau pun hubungan itu tidak lain dari hubungan antara seorang pekerja sekolah dengan seorang bekas penuntut.
Semangat 'Once a Sdarian, always a Sdarian' menyebabkan saya sering berkunjung ke SDAR, Seremban. Takdir Allah juga menemukan saya kembali dengan Abang Shaari, walau pun hubungan itu tidak lain dari hubungan antara seorang pekerja sekolah dengan seorang bekas penuntut.
Pada tahun 2002 sekali lagi Abang Shaari mengikut SDAR berpindah, kali ini ke Sungai Gadut, Seremban, sehinggalah dia bersara di tahun 2004. Ini juga menjadikan Abang Shaari memegang rekod pekerja yang paling lama berkhidmat dengan SDAR.
Abang Shaari telah berkahwin dengan seorang perempuan dari Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan dan memperolehi beberapa orang anak. Beliau sekarang menetap di Rumah Rakyat, Panchor, Seremban.
Di kebelakangan ini Abang Shaari kurang sihat. Masalah ekoran kesihatannya ialah dia susah untuk menghidupkan engin motosikalnya yang terpaksa di'tendang'. Dia memerlukan motosikal untuk memudahkannnya pergi ke surau dan kedai.
Untuk itu Abang Shaari perlu sebuah motosikal di mana enginnya dihidupkan dengan menekan butang sahaja. Saya yang mempunyai sebuah skuter besar dengan 'electric starter' faham sangat akan masalah Abang Shaari.
Untuk itu Abang Shaari perlu sebuah motosikal di mana enginnya dihidupkan dengan menekan butang sahaja. Saya yang mempunyai sebuah skuter besar dengan 'electric starter' faham sangat akan masalah Abang Shaari.
Kami dari kumpulan bekas penuntut SDAR yang tinggal di Negeri Sembilan telah diberitahu mengenai keperluan Abang Shaari beberapa bulan yang lalu di satu 'Majlis Teh Tarik' bulanan kami. Tetapi tiada tindakan positif diambil sehinggalah beberapa hari lepas.
Seorang ahli kumpulan kami telah menghantar gambarnya bersama Abang Shaari ke dalam kumpulan WhatsApp kami. Selari dengan itu dihebahkan mengenai akaun bank di mana kami boleh menyalurkan bantuan. Bermulalah kutipan dana untuk membiayai pembelian sebuah motosikal dengan 'electric starter' untuk Abang Shaari.
Saya sendiri berfikir tidak adil jika berita masalah Abang Shaari tidak dihebahkan ke bekas penuntut-penuntut SDAR di seluruh Malaysia. Sudah tentu ramai dari kami di sana yang sanggup menghulurkan bantuan.
Selang bebehari sahaja kutipan sudah mencukupi untuk kami membeli sebuah motosikal baru dengan 'electric starter' untuk Abang Shaari. Petang tadi beberapa orang kami Sdarians dari Negeri Sembilan telah menyerahkan motosikal tersebut kepada Abang Shaari. Ini juga menepati moto sekolah kami 'BERILMU UNTUK BERJASA'.
Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih khas kepada Sdarian Wan Shaharuddin, seorang peguam yang menggerakkan kutipan dengan menyiarkankan gambarnya bersama Abang Shaari ke dalam kumpulan WhatsApp.
Terima kasih juga kepada Sdarian Dr. Helmy Manap, seorang doktor gigi yang sudi menggunakan akaun banknya untuk dijadikan kumpulan wang dan seterusnya menguruskan pembelian sebuah motosikal baru untuk Abang Shaari.
1 comment:
proud to be a sdarian...
Post a Comment