Friday, July 11, 2008

Thema, apa thema?

Sekarang ini ada trend di kalangan masayarakat Melayu iaitu menggunakan satu warna thema untuk majlis perkahwinan. Saudara mara akan memakai pakaian sewarna dengan warna pakaian pengantin. Pakaian pengantin biasanya disewa melalui pakej perkahwinan. Tetapi saudara mara tadi terpaksa menempah pakaian baru yang tidak kurang mahalnya.

Saya fikir ini adalah satu perbuatan membazir. Kalau dalam tahun itu ada empat saudara yang kahwin, saudara mara yang lain terpaksalah menempah empat pakaian yang warna berlainan. Jangan lupa untuk hari raya pun kita kena menempah pakaian baru.

Saya masih ingat semasa menerima pingat dari Yang Di Pertuan Agong dulu isteri saya Salmah telah menempah satu set pakaian berwarna hijau. Saya pula disyaratkan memakai baju Melayu berwarna hitam. Tak apa juga kerana saya boleh menuntut balik kos baju Melayu itu. Tetapi saya tak ingat bila masanya lagi isteri saya memakai pakaian hijau itu. Sekurang-kurangnya baju Melayu warna hitam itu saya pakai juga untuk pergi surau dan masjid.

Saya bernasib baik kerana diberi pakaian seragam (uniform) kerja. Jadi kuranglah saya berbelanja untuk pakaian. Kasut tak payah beli langsung melainkan kasut jogging. Sampaikan untuk hari raya anak-anak dan menantu saya yang belikan baju baru. Tapi jangan lupa ya, atuk ni tak lupa beli baru baju untuk cucu-cucunya semasa hari raya.

Saya fikir pemakaian baju thema untuk upacara perkahwinan perlu dihentikan. Perlu dingat kita ada warna pilihan kita sendiri. Oleh itu kita akan rasa janggal bila memakai pakaian bukan berwarna kesukaan kita. Jadi dalam kes ni nampaknya sekali sahajalah kita memakai pekaian itu. Sebagai seorang peminat fotografi saya lebih suka bila dimana-mana keramaian saya melihat banyak warna.

Jadi pakai sahajalah pakaian yang kita suka. Tak payahlah ikut thema-thema.

No comments: