Wednesday, July 2, 2008

Pendapat umum lawan realiti

Beberapa kajian pendapat mendapati kebanyakan orang percaya terdapat satu konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa yang berlaku semasa saya di sekolah menengah dahulu.

Memang menjadi kebiasaan bagi sekolah-sekolah berasrama penuh mengadakan kelas-kelas persediaan di waktu malam. Kelas malam ini dipanggil 'prep' iaitu singkatan kepada 'preparatory class'. Semasa prep ini jugalah pengawas-pengawas sekolah atau 'school prefects' menyampaikan pesan pengetua atau guru-guru lain kepada kami.

Pada satu malam datang seorang pengawas ke kelas saya dan sudah tentulah kami semua menjangka ia akan menyampaikan pesan biasa. Rupa-rupanya tidak. Pengawas ini seorang yang berkarisma juga walau pun secara peribadi saya tidak menyukainya. Ia seorang yang pandai berpidato dan sering mewakili sekolah dalam pertandingan pidato antara sekolah-sekolah.
Ia terus meletakkan satu surat ke atas meja guru dan terus 'berpidato' mengatakan ada seorang di antara kami cuba menganiayanya. Beliau dituduh mencuri wang sejumlah sepuluh ringgit sedangkan beliau menafikannya.

Beliau terus bersyarah menyatakan setakat sepuluh ringgit tiada masalah baginya. Ayahnya boleh kirim. Beliau seterusnya menerangkan belum pernah mencuri duit sesiapa bla..bla..bla.. Dari hujah-hujah beliau yang tidak mendapat tentangan itu 39/40 dari kami dalam kelas itu percaya beliau becakap benar. Ini termasuk saya pada mulanya. Satu-satunya orang yang tidak percaya ialah penulis surat itu sendiri.


Setelah beliau beredar kami pun melihat surat yang ditinggalkannya itu. Ia berbunyi lebih kurang "...... Aku tahu kau yang curi duit aku. Duit itu ialah hasil titik peluh ayahku. Tolong pulangkan balik duit aku itu..." Dari tulisannya kami tahu siapa penulisnya.

Sebelum balik ke asrama saya telah berjumpa dengan penulis surat tersebut dan bertanya mengapa beliau membuat tuduhan begitu. Beliau menjawab memang sah pengawas itu yang mencurinya kerana ada orang nampak. "Aku menulis surat itu dengan tujuan tidak mahu memalukannya" tambahnya. Kes itu berlalu begitu sahaja tanpa penghakiman.

Pengawas yang dituduh mencuri itu telah meninggal dunia bebarapa tahun yang lalu akibat sakit jantung. Kawan saya yang membuat tuduhan itu sekarang ini ialah seorang pengusaha stesen minyak Petronas yang berjaya di Ampang, Kuala Lumpur. Sebelum ini beliau menjadi seorang pegawai polis. Kalau nak tengok gambarnya dia berdiri nombor tiga dari kiri di barisan belakang sekali di gambar 'Class of 62' saya di bawah blog ini.

Kes DSAI tidak lain tidak bukan satu kes peribadi antara beliau dengan Saiful. Itu sahaja. Tetapi DSAI telah menggunakan karismanya dengan memberitahu seluruh dunia bahawa beliau sedang dianiaya oleh satu konspirasi. Itu lah sebabnya kebanyakan orang percaya kepadanya sedangkan Saiful tidak mempunyai kemudahan sebegitu.

Biarlah pihak berkuasa menjalankan kerja mereka tanpa gangguan.

2 comments:

Anonymous said...

salam,
saya tertarik hati apabila membaca komen saudara tentang Saudara Anwar Ibrahim. berikut adalah pendapat peribadi saya tentang apa yang berlaku lately:
saya adalah seorang pesara kerajaan. pada hari isnin lepas, saya telah melawat rakan saya di Semantan Villas di Damansara heights. ketika sedang menunggu untuk mendaftar masuk di pos pengawal, saya bertanyakan pengawal tersebut, lebih kurang begini bunyinya:"apa cerita anwar ibrahim bang (pengawal tu nampak macam lebih tua dari saya)?", dan jawapan yang saya terima seperti berikut:"semua tu bohong belaka", saya tanya dia "mana abg tau", dia kata syarikat keselamatan yang dia kerja adalah juga syarikat yg sama beroperasi di kondominium desa damansara, iaitu tempat yg sama tuduhan meliwat dibuat. katanya lagi, pada hari ahad, segerombolan polis datang untuk melihat bukti rakaman cctv tentang kehadiran anwar di kondo tersebut. dan semasa melihat rakaman itu, penyelia dan beberapa kawan si pengawal tadi ada bersama. setelah meneliti keseluruhan rakaman tersebut (hari khamis, masa kejadian dilaporkan berlaku), dapatlah dibuat kesimpulan bahawa memang anwar ada masuk kondo tu, tetapi si saiful ini tak ada pun mukanya di semua cctv yg ada di kondo tersebut. anwar datang dengan 3 biji kereta yg terdiri dari keretanya, kereta peguamnya dan kereta rakan politiknya, utk bermesyuarat. tambah pengawal itu lagi, rakaman sebelum dan selepas turut di kaji, namun tiada batang hidung saiful timbul di kaca cctv... macamana dia masuk dan macamana dia keluar? sedangkan, kata pengawal tersebut, setiap kereta dan org akan di daftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk...

persoalannya:
sekiranya yang dituduh adalah bapa kita, abang kita, adik kita, anak kita, suami kita ataupun menantu kita, adakah kita akan berfikiran macam saudara?

biarlah pihak berwajib menjalankan tugasnya....

tugas apa???
polis nak buat kerja secara adil???
come on... pihak polis kita mempunyai rekod yg amat buruk di mata dunia. apa jadi kes Altantuya? siapa yg terlibat.... tak ke polis kita juga???

janganlah saudara terlalu menyembah tun dr mahathir sehingga menganggap musuh tun adalah musuh saudara.
keluarkan fikiran saudara dari bayang bayang tun. cuba letakkan diri saudara dalam situasi anwar ibrahim... semua rekod di palsukan oleh pasukan polis kita. apa yg saudara boleh buat?

bagi saya, janganlah kita menambah dosa dan membuat dosa.

sekiranya kita percaya dengan tuduhan bodoh si saiful, dan kita menulis didalam blog seperti ini untuk dibaca umum, maka kita berdosa, sekiranya tuduhan itu palsu, kita berdosa menyebarkan fitnah. sekiranya pula tuduhan itu benar, kita turut berdosa atas mengaibkan org.

maka itu, pada pendapat saya, tak payahlah kita hendak menjadi jaguh dalam perebutan kuasa si polan dengan si polan. cukuplah sekadar menjadi pemerhati yg baik.

sekian,
wallahua'lam

Abd Rahman Hashim

maarofkassim said...

Saya kata pihak berkuasa, saya tak kata Polis.