Monday, September 27, 2010

Beraya di rumah YB - Bahagian 2

Pada hari Sabtu 25 September 2010 sekali lagi beraya di rumah seorang Yang Berhormat. Kali ini YB yang dimaksudkan ialah Dato' Seri Utama Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Dato' Seri lebih dikenali di sini sebagai Tok Mat sahaja.

Rumah terbuka ini di adakan di Kampung Tanjung, Rantau iaitu rumah kampung Tok Mat dan keluarga. Saya pernah beraya di sini dulu sebelum Tok Mat menjadi Menteri Besar.

Sudah disiarkan dalam Radio Malaysia Negeri Sembilan bahawa sesiapa yang hendak pergi beraya di rumah MB di Rantau meletakkan kereta di tempat-tempat letak kereta yang dikhaskan. Dari situ pengangkutan ke rumah MB secara percuma disediakan. Oleh itu saya pun meletakkan kereta betul-betul di sebelah satu perhentian bas yang dijadikan tempat berkumpul sesiapa yang ingin ke sana. 

Saya tidak perlu menunggu lama kerana satu bas shuttle khas sudah sedia untuk bergerak. Perjalanan bas berjalan dengan lancar kerana jalan di hadapan rumah Tok Mat dijadikan jalan sehala. Ini berbanding dengan beberapa tahun yang lalu di mana terjadi kesesakan lalulintas apabila Tok Mat mengadakan rumah terbuka.

Satu lagi perubahan yang saya lihat ialah minuman disediakan di warung khas minuman. Pengunjung dikehendaki mengambil minuman di sini. Ini berbanding dengan tahun-tahun lepas dimana botol-botol minuman 1.5 liter diletakkan di atas meja. Akibatnya ramai yang saya nampak membawa pulang botol-botol minuman yang belum dibuka.

Semasa balik pun saya tidak menunggu lama. Kali ini saya menaiki satu van pula. Dalam perjalanan saya perhatikan banyak kereta diletakkan sehingga lebih satu kilometer jauhnya dari rumah Tok Mat. Saya fikir mereka ini sama ada tidak mendengar pengumuman di radio, sengaja hendak meletakkan kereta berhampiran dengan tempat tujuan atau tidak yakin dengan perkhidmatan bas dan van percuma yang diberikan. Ahirnya mereka juga yang rugi.    

Kali ini saya bukan sahaja bersalaman dengan tuan rumah, tetapi sempat bergambar dengannya. 

Bas shuttle khas ke rumah Tok Mat. Saya mengambil gambar dari tempat di mana saya meletakkan kereta.

Menaiki bas Cityliner. Ini pertama kali saya menaiki bas ini.


Berdiri pun tak apa. Bukan jauh sangat.

Bas saya sudah sampai di hadapan rumah Tok Mat.


Hadirin di rumah Tok Mat.


Muzik disediakan oleh Putrasari. Yang bermain keyboard ialah anak saya Halimi.


Salmah di meja makanan.


Anak lelaki Tok Mat dan isteri.

Ini rumah kampung Tok Mat.

Kono salam somuo oghang, Tok.

Boss saya dulu Dato' Abd. Halim mengawal perjalanan tetamu. Dio kono jago boss eh pulak.


Masih handsome dan ayu, Dato' Seri dan Puan Seri. 

Pengunjung tak henti-henti datang.

Salmah dan anak saya Miza di depan rumah Tok Mat.

Polis trafik kerja senang kali ini kerana lalulintas terkawal.

Bukan senang hendak dapat bergambar dengan Dato' Seri Utama dan Datin Seri.

1 comment:

Anonymous said...

Maarof

Terimo kasih laporan rayo ekau dongan YB montori bosar nogori semilan.

Hebat kau yo........... bergayo ekau berayo di rumah montori bosar.... siap bergambar dongan montori.... ado dapek 'che pau' rayo tak? Kurang-kurang eh RM20 dalam sampul tu?

Selamat berhari rayo.

wasalam
MA