Baru sampai dan terus duduk. Di luar hujan sedang turun.
Awi di kiri bersalam dengan Aziz.
Pentas. Saya ingat kamera saya rosak. Yang memutih itu ialah air yang disembur untuk menyejukkan tetamu. Tidak ada siapa yang ingat bahawa di luar hujan sedang turun dan semburan air tidak perlu.
Pada malam hari Jumaat 24 September 2010 saya pergi beraya di rumah Yang Di Pertua persatuan murid tua sekolah saya yang dipanggil SDARA. Dia menjemput kawan-kawan sekolah di rumah terbukanya di Putrajaya. Kebetulan beliau ialah seorang Timbalan Menteri.
Dari Seremban lagi hujun turun, kadang-kadang lebat dan kadang-kadang tidak. Dengan petunjuk GPS di kereta, saya tidak ada masalah untuk sampai ke rumah beliau. Saya masih ingat pada raya tahun lepas saya diminta meletak kereta jauh dari rumahnya kerana terdapat satu lagi rumah terbuka di kawasan yang sama.
Kali ini nasib saya cukup baik kerana cuma lebih kurang 50 meter dari rumahnya saya nampak satu kereta sedang keluar dari tempat di mana ia diletak. Saya pun terus memenuhkan ruang yang kosong dengan kereta saya. Hujan masih turun dan saya sudah bersedia dengan payung yang kemudian saya letakkan di tepi satu tong sampah.
Seperti biasa tujuan saya ialah untuk berjumpa dengan kawan-kawan sama sekolah. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang berpuluh tahun tidak berjumpa. Kali ini saya berjumpa dengan seorang bernama Awi Abdullah berasal dari Terengganu. Di sekolah dia dikenali dengan nama Awi Dichu iaitu nama seorang pahlawan berbangsa Thai atau Siam yang terdapat dapat buku sejarah kami. Kali terakhir saya menemui Awi ialah di tahun 1966 iaitu tahun ia meninggalkan sekolah. Awi senior satu tahun dari saya di sekolah.
Saya sempat menemukan Awi dengan seorang lagi senior saya Aziz Nawi dari Kelantan. Saya ada berjumpa Aziz beberapa kali selepas meninggalkan sekolah. Aziz senior satu tahun dari Awi. Saya bangga dapat menemukan mereka berdua ini kerana jelas mereka tidak mengenali antara satu sama lain bila ditemukan. Hanya bila nama masing-masing disebut baru mereka ingat.
Kerana terlalu gembira berjumpa dengan kawan-kawan lama saya lupa hendak bersalam dengan tuan rumah. Apabila saya hendak balik saya dapati payung saya masih berada di tepi tong sampah.
1 comment:
Dalam gambar2 ada mereka yang saya kenal dan tak kenal. Yang saya tak kenal tu mungkin batch-batch Sikamat kut. Saya juga dah berpuluh tahun tak bertemu Awi Abdullah ni. Kalau bertembung dimana2 mungkin tak berani nak menegur takut tersalah orang. Seingat saya Awi meneruskan pengajian di Form Six STAR setelah meninggalkan SDAR. Pada tahun 1968 dia pernah bermain ragbi untuk pasukan STAR melawan SDAR dalam satu perlawanan persahabatan. Andaikata saya bertemu Awi pada hari ini samada dia cam saya atau tidak tak taulah...Wallhu`alam. Pernah saya bertemu mereka yang satu batch dengan Awi kenal saya malah mereka menegur saya dulu....contoh Husin Safi yang saya pernah bertemu sedikit masa dulu, begitu juga Allahyaham Shukor Bakar, Allahyarham A Wahab Zaini, Misron Dimin dan yang lain. Mereka ni bukanlah tinggal satu hostel dengan saya.
Ingin juga bertemu rakan2 lain yang seangkatan dengan Awi terutama yang pernah tinggal satu dorm dengan saya di Rumah Sultan iaitu Kamisan Talib, seorang artis (pelukis) yang popular tahun 60an, Zainal A Jalil, Zainal Mohamad (Manager) dan Abd Rahman Ahmad.
Saya tidak dapat hadir sama beraya di rumah YDP atas urusan persediaan mengikuti kursus Perdana Haji pada hari berikutnya.
Nota:-
Pernah budak2 STAR (XSTARian) sekali di Kg Dato Keramat, KL dan seorang lagi sama2 menunggu anak disebuah sekolah di Kajang bertanya saya `You di STAR tahun bila....batch so and so ke.......Saya jawab bukan ..... saya budak SDAR .........tapi rakan2 SBP saya ramai dikalangan budak STAR
Matt Kajang.
Post a Comment