Saturday, April 26, 2008

Mengerjakan Haji - Bahagian 13 (Hari ke-12)

Selasa 27 November 2007


Saya dan Samlah berhampiran dengan lif hotel di Tingkat 9.

Saya bangun pada jam 0300 dan rasa kurang sihat macam tak larat nak bersolat Subuh di Masjidil Haram pagi ini. Tetapi pada jam 0430 rasa baik sedikit dan saya terus ke sana untuk bersolat Subuh. Selepas balik pada jam 0730 saya ke Klinik Tabung Haji dan doktor memberi saya Vitamin C sebagai tambahan ubat selesema dan batuk.

Satu perkara yang saya rasa semasa demam di tanah suci ini ialah saya teringat di masa kecil-kecil dahulu semasa saya masih tinggal bersama ibu di kampung. Saya masih ingat setiap kali saya merasa tidak sihat semasa saya bersekolah asrama penuh dulu. Apa yang saya harapkan ialah supaya ibu berada di sisi saya. Walau pun saya dikelilingi oleh kawan-kawan sama sekolah tidak sama rasanya seperti belaian seorang ibu.

Perasaan ini jugalah yang saya rasa samasa mengerjakan Haji ini. Walau pun isteri saya Salmah sentiasa berada disamping saya (dia pun diserang demam dan batuk juga) tidak sama rasanya dengan kehadiran seorang ibu.

Ini mengingatkan saya semasa membaca dan melihat rancangan TV mengenai Perang Vietnam dulu. Diceritakan semasa seorang askar Amerika itu cedera parah kena tembak atau bom beliau akan menyebut "Ma" atau "Mother". Penjelasannya ialah apabila kita hendak meninggalkan dunia ini kita teringatkan orang yang membawa kita ke dunia.

Pada jam 0900 kami mendengar Ceramah dari Ustaz Ali.

Saya bersolat Zuhur di Masjidil Haram, tetapi solat Asar di surau hotel sahaja.

Selepas bersolat Maghrib di Masjidil Haram ternampak Restoran Burger King di hadapan Masjid dan saya makan burger disitu sementara menunggu waktu solat Isya'. Walau bagaimana pun pada selera saya burger dari kedai Burger King di Makkah ini tidaklah selazat yang di Malaysia. Ini mungkin disebabkan badan saya kurang sihat.


Restoran Burger King di hadapan Masjidil Haram

Kentucky Fried Chicken (KFC) juga terdapat di hadapan Masjidil Haram Makkah. Saya akan menceritakan mengenai KFC Makkah nanti.

Bersambung ke Bahagian 14.....


No comments: