Terus terang saya nyatakan bahawa saya ialah peminat Tun Dr. Mahathir walau pun saya bukan seorang ahli UMNO. Oleh itu apabila beliau mengisytiharkan keluar dari parti tersebut saya tidak terperanjat. Sekurang-kurangnya saya sekarang berkeadaan sama dengan TDM iaitu tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik. Di pejabat saya ada orang bertanya apa pendapat saya tentang TDM. Saya jawab TDM membuat tindakan yang betul dan saya juga akan membuat tindakan yang sama jika berkeadaan seperti beliau.
Saya juga tertarik dengan komen-komen orang lain tentang pemberhentian beliau. Tetapi yang paling menyakitkan hati saya ialah komen dari Tun Musa Hitam yang menyifatkan TDM sebagai satu 'duri dalam daging' yang sekarang sudah dikeluarkan. Tetapi sakit hati saya itu terubat juga apabila membaca jawapan TDM dalam komennya. TDM menyatakan sebenarnya Tun Musa Hitam lah 'duri dalam daging'. Ini sama dengan pepatah melayu "Meludah ke langit jatuh ke muka sendiri' da 'Menepuk air di dulang terpercik muka sendiri'.
Saya juga seorang peminat The Beatles. Siapa tak tahu The Beatles sila rujuk kepada Wikipedia. Saya pernah membaca satu komen bahawa sesiapa yang menjadi remaja dalam tempoh 1962 hingga 1970 dan tidak meminati The Beatles bermakna ada yang tak betul padanya. Saya remaja pada tempoh itu dan saya sangat minat kepada The Beatles, jadi saya tidaklah termasuk dalam golongan orang tidak betul. Saya juga gembira anak-anak saya Halimi, Ina dan Miza suka mendengar lagu-lagu The Beatles. Saya tidak tahu tentang Anis.
Kejayaan The Beatles banyak tergantung kepada lagu-lagu ciptaan dua ahli mereka iaitu John Lennon dan Paul McCartney. Mereka bukan sahaja mencipta untuk The Beatles tetapi untuk kumpulan-kumpulan dan penyanyi-penyanyi solo lain. Pada mulanya mereka betul-betul berkerjasama mencipta lagu dan gabungan mereka dinamakan Lennon-McCartney. Di tahun-tahun akhir kegemilangan The Beatles masing-masing John Lennon dan Paul McCartney mencipta lagu-lagu sendiri tetapi lagu-lagu mereka tetap dicatitkan sebagai ciptaan Lennon-McCartney. Satu contoh yang ketara ialah lagu 'Yesterday' yang dicipta dan dinyanyikan 100 % oleh Paul McCartney tetapi penciptanya direkodkan sebagai Lennon-McCartney.
The Beatles berpecah pada tahun 1970. Sejak itu juga John Lennon dan Paul McCartney yang pada mulanya kawan baik berlesisih faham. Mereka pun 'menyerang' satu dengan lain melalui lagu-lagu baru ciptaan mereka, kali ini atas nama diri masing-masing. Terjadilah situasi yang menyedihkan dimana Lennon-McCartney yang sebelum ini banyak mencipta lagu-lagu bertemakan cinta atau 'love' seperti "Love Me Do', ''She Loves You', 'Can't Buy Me Love' dan 'All You Need is Love' sekarang mencipta lagu-lagu bertemakan membenci.
Lama kelamaan perbuatan ini diberhentikan bila John Lennon menalipon Paul dan menyatakan 'Let' stop these nonsense'. Bila ditanya kenapa beliau berhenti berbuat demikian (mencaci Paul) John menyatakan 'I realise that when we are talking about others we are actually talking about ourselves'. Terjemahannya 'Bila kita mengata orang kita sebenarnya mengata diri kita sendiri'.
No comments:
Post a Comment