Monday, May 5, 2008

Mengerjakan Haji Bahagian 21 (Hari ke 24 dan 25)

Ahad 9 Disember 2007

Bila bangun pagi rasa sihat sedikit. Bersolat Subuh di bilik sahaja, selainnya di surau. Ini hari kedua saya tidak ke Masjidil Haram.

Selepas solat Isya' di surau, seorang jemaah perempuan telah pengsan. Doktor yang bersama-sama bersolat terus merawat beliau. Saya lihat bacaan tekanan darah dan paras gula dalam darahnya adalah 'normal'. Agaknya beliau rimas kerana bilangan jemaah yang bertambah ramai di surau ini. Seperti saya juga ramai yang tidak ke Masjid. Sebab utama ialah kami tidak sihat.

Semasa di surau tidak ada sesaat pun saya tidak kederangan bunyi batuk. Semasa nak tidur saya merasa ada selesema.

Oleh kerana hari in saya tidak kemana-sama saya habiskan masa mengambil gambar..


Saya perhatikan banyak bas Mercedes Benz model 0303 seperti ini. Ada yang mempunyai nama Arab tetapi ada juga yang masih mempunyai nama German seperti bas ini. Nombor plet German pun masih belum ditanggalkan dan berada di bawah nombor plet Saudi. Saya fikir bas seperti ini disewa dari Germany untuk tujuan pengangkutan Haji. Selepas musim Haji ia mungkin dihantar balik.


Gambar hadapan bas yang sama. Jemaah berpakaian hijau muda itu dari Indonesia.


Pandangan kedai-kedai berhampiran hotel kami.

Pandangan luar Klinik Tabung Haji di hotel Elaf Al Suds.



Burung-burung merpati sedang minum air di pancutan air berhampiran hotel. Mereka beruntung kerana tidak ada manusia yang berani mengapa-apakannya.



Isnin 10 disember 2007.

Ini  hari ketiga saya tidak ke Masjid. Apabila bangun di tengah malam badan saya berpeluh dan saya rasa sihat sedikit.

Saya bersolat Subuh, Maghrib dan Isya' di surau dan selainya di bilik sahaja.

Semasa nak tidur saya rasa masih terasa ada selesema, tetapi saya putuskan untuk tidak pergi ke Klinik.

Bersambung ke Bahagian 22......

No comments: