Monday, May 5, 2008

Mengerjakan Haji Bahagian 22 (Hari ke 26 dan 27)

Selasa 11 Disember 2007

Malam tadi saya tidur tidak selesa oleh kerana kurang sihat. Tetapi oleh kerana saya telah meninggalkan Masjid selama tiga hari saya teruskan juga kesana untuk menunaikan solat Subuh. Masjidil Haram penuh sesak dengan jemaah yang makin bertambah.

Selepas Subuh saya terus ke Klinik untuk berjumpa doktor. Saya diberi ubat selesema.

Saya menalipon anak saya Ina dan diberitahu Kerajaan Arab Saudi telah membawa ke depan Hari Wukuf satu hari. Berita ini belum diberitahu kepada kami oleh pihak Tabung Haji.

Saya bersolat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya' di surau sahaja.


Rabu 12 Disember 2007

Seperti dua malam sebelumnya saya tidur berpeluh malam tadi. Tapi saya tidak pergi untuk bersolat di Masjidil Haram. Saya bersolat Subuh di bilik sahaja dan selainnya di surau.

Hari ini juga saya langsung tidak keluar dari hotel.

Bersambung ke Bahagian 23....

No comments: