Friday, May 2, 2008

Mengerjakan Haji - Bahagian 17 (Hari ke 18)

Isnin 3 Disember 2008

Saya rasa sihat sedikit. Saya bersolat Subuh di Masjidil Haram. Nampaknya jemaah semakin ramai. Solat Zuhur di Masjidil Haram. Solat Asar di surau. Solat Maghrib di Masjidil Haram. Saya lihat 'ramp' yang dibina untuk memudahkan jemaah terus naik ke tingkat atas boleh digunakan walau pun belum siap sepenuhnya. Saya bersolat Isya' di surau hotel sahaja. Oleh kerana saya tidak keluar ke mana-mana saya terus ke bumbung hotel (Tingkat 18) untuk mengambuil gambar-gambar sekeliling hotel.

Ini gambar di belakang hotel. Rumah-rumah yang dibina di lereng bukit mengingatkan saya kepada bandar Corleone, Sicily, Italy yang digambarkan dalam filem The Godfather.


Kata orang putih 'old habits die hard'. Kain baju yang digantung untuk di keringkan di atas bumbung hotel oleh jemaah Malaysia.

Pandangan bandar Makkah

Antara terowong yang terdapat di Makkah. Agak susah juga untuk mengorek batu untuk laluan terowong tersebut.


Pandangan ke arah Masjidil Haram. Nampak empat menara Masjid tersebut. Bangunan di atas bukit itu ialah Istana Raja. King Abdullah menetap di Riyadh. Apabila ke Makkah baginda menginap di Istana ini. Setiap kali ke Masjidil Haram saya memberi salam kepada Polis yang menjaga Istana ini. Malangnya apabila saya meminta izin untuk mengambil gambar mereka, tidak dibenarkan.

Bersambung ke Bahagian 18......

No comments: