Saya bersolat Subuh dan Asar di surau hotel sahaja tetapi beresolat Maghrib dan Isya' di Masjidil Haram.
Khamis 6 Disember 2007
0430: Saya bangun dan berrsolat Subuh di surau.
0930: Rasa tak sihat badan.
Walau bagaimana pun saya bersolat Zuhur dan Asar di Masjidil Haram. Saya membeli Strepsils di Farmacy berhampiran Masjid. Tetapi ini tidak menolong sangat.
Lagi gambar Kaabah. Jemaah yang paling hampir denganya sedang mengerjakan Tawaf manakala yang lainnya sudah bersedia untuk bersolat.
Imam dah sampai dan sedang bersolat sunat. Hijir Ismail sudah dikosongkan untuknya. Walau bagaimana pun Imam berpindah ke bahagian yang dipenuhi oleh Polis itu untuk mengetuai jemaah bersolat. Jemaah yang bertawaf sudah berhenti dan bersedia untuk bersolat.
Saya bersolat Maghrib dan Isya' di surau hotel sahaja. Lepas Isya' saya tak dapat tidur dan membuat keputusan untuk berjumpa doktor di klinik. Selepas makan ubat barulah saya dapat tidur.
Bersambung ke Bahagian 20...
No comments:
Post a Comment