Sunday, August 10, 2008

Penghargaan kepada pasukan kompang

Tadi saya pergi ke majlis perkahwinan anak kepada saudara isteri saya di Dewan Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Apa yang menarik bagi saya ialah apabila pasukan kompang yang mengiringi kedua mempelai dihargai dengan diminta memberi persembahan di atas pentas. Biasanya saya tengok pasukan kompang memberi persembahan di tepi tangga sahaja, walau pun upacara perkahwinan diadakan di dalam dewan. Saya fikir perkara sebegini patut dicontohi.
Kedua mempelai. Pengantin lelaki ialah saudara isteri saya Salmah. Nampak sebuah motosikal antik yang mengiringi mempelai.


Pasukan kompang membuat persembahan di atas pentas. Merela nampak segak dengan pakaian seragam.

Kedua mempelai di hadapan pentas dimana pasukan kompang sedang berkompang. Yang berkopiah putih itu ialah pengurus pasukan kompang. Glamour pak cik hari ini!



No comments: