Ini gambar saya (berbaju hijau muda) sedang membaca takbir Raya di rumah saya. Kami mula bertakbir dari rumah ke rumah selepas solat Isya'. Kami buat dua kumpulan dan inilah ahli-ahli kumpulan saya.
Sembahyang Raya di Masjid Qariah Sikamat. Oleh kerana ramai yang sudah balik ke kampung kami bersolat dengan selesa. Jemaah perempuan diletakkan di tingkat atas.
Saya mengambil gambar sendiri dalam Masjid.
Ada yang mengambil kesempatan untuk mengutip derma. Saya percaya mereka ini adalah warganegara asing.
2 comments:
Assalamualaikum Sdra Maarof,
Nampak sungguh bahagia dan meriah sdra berhariraya dengan keluarga. Semoga sdra dan keluarga sentiasa di bawah perlindungan dan petunjuk Allah swt.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Post a Comment