Apabila kami berpindah ke Sikamat/Temiang dari Paroi dua tahun yang lalu penghafalan Al-Qur'an anak saya Anis tergendala. Pada mulanya dia mengaji dengan seorang Ustazah di sini tetapi apabila saya dan Salmah pergi mengerjakan Haji pada tahun sudah ini juga tergendala.
Syukurlah ada bebarapa orang Ustaz dan Ustazah menubuhkan satu institusi bernama Maahad Ummu Aiman di tingkat atas satu rumah kedai yang besar juga di Taman Seri Pulai 3 berhampiran rumah kami.
Antara lain Maahad ini mengadakan kursus pembacaan Al-Qur'an secara intensif yang berakhir dengan majlis berkhatam beramai-ramai.
Dari itu mulai bulan November 2008 dulu saya menghantar Anis ke Maahad ini selama empat malam dalam seminggu untuk pengajian Al-Qur'annya. Seorang jiran saya juga menghantar anaknya untuk tujuan yang sama. Olah itu bolehlah kami berkongsi kenderaan dimana saya menghantar Anis dan anaknya dan dia pula mengambil kedua-duanya balik.
Pada Hari Ahad 21 Disember 2008 baru-baru ini berlakulah Majlis Khatam Al-Qur'an untuk Anis dan kawan-kawannya. Sebagai sebahagian dari adat orang Melayu kami diminta membawa bunga telur dan pulut kuning untuk tujuan ini.

Inilah bunga telur Anis disediakan oleh ibunya Salmah. Sebenarnya kami tidak perlu membeli bunga telur baru di kedai. Salmah menggunakan semula bunga-bunga telur lama yang menjadi koleksinya dari kenduri-kenduri kahwin yang kami pergi. Oleh itu nampaklah bunga telur ini berbagai warna. Pahar untuk bunga telur ini kami pinjam dari jiran sebelah.








No comments:
Post a Comment