Sunday, January 25, 2009

Di Perigi Hang Tuah, Kg. Duyung, Melaka

Dah lama juga saya tak kemaskini blog saya. Maklumlah awal-awal tahun tahun ini banyak kerja. Bercakap mengenai kerja syukur Alhamdulillah kontrak saya dibaharui. Terima kasih kepada bos-bos yang masih memerlukan khidmat saya.

Semalam 24 Januari 2009 saya dan Salmah pergi ke Kg. Duyung, Melaka kerana menghantar adik angkatnya Ustaz Fauzee kahwin di sana. Sebenarnya Fauzee ialah adik angkat kepada adik beradik Salmah. Arwah ibu mertua saya yang mengambilnya sebagai anak angkat. Kenapa dan bagaimana saya kurang pasti.

Jadi secara tidak langsung Ustaz Fauzee juga menjadi adik ipar angkat saya.


Inilah Masjid Kg. Duyung yang serupa bentuknya dengan masjid-masjid lain di Melaka. Satu ciri yang unik di Melaka ini ialah tanah perkuburan biasanya terletak di sebelah masjid. Ini berlainan dengan keadaan di Negeri Sembilan.



Rumah isteri Fauzee cuma terletak seratus meter dari Perigi Hang Tuah. Jadi saya dan Salmah menggunakan kesempatan ini untuk melawat perigi bersejarah ini. Sudah berpuluh tahun saya lalu berhampiran Perigi Hang Tuah tetapi inilah pertama kali saya melihat dari dekat.



Salmah di tepi Perigi Hang Tuah.



Ini Perigi Hang Tuah yang tidak pernah kering airnya walau pun kemarau panjang.



Cuba tengok bayang-bayang saya dalam perigi.



Saya duduk di tepi perigi. Yang dikiri itu ialah Harish Haikal. Sila lihat blognya di sini: http://harish98.blogspot.com/



Ini dia Ustaz Fauzee dan isteri. Saya dijemput duduk di meja pengantin. Biasanya saya menolak duduk di meja pengantin tetapi tidak kali ini.



Perkahwinan Fauzee sederhana sahaja. Tiada kompang, tiada 'flower boys and girls'. Muzik dari CD tu adalah.


Selamat Pengantin Baru, Fauzee.

2 comments:

SiR KinG TiGeR said...

teman

Jom buat duit klik http://www.dana4u.biz/?id=DatOK ZeQ boleh pergi holiday overseas pulak. Jumpa di www.tagged.com/datokzeq

Mohd Noor said...

Bang Maarof,

Ustaz Fauzee tu roman nya saling tak tumpah macam SDARa Mastor Md Arif (commander UTK yang testify masa Altantuya trial dulu).

Sila rujuk pada komen saya kat Bang Maarof punya blog for SDARA Dinner 2008 dulu, kat situ saya ada indicate nama nama yang ada dalam gambar yang di postkan tu termasuklah gambar Mastor.

Mohd Noor Yahya
1972-1979