Wednesday, January 7, 2009

Sosak

Bandar Soghomban sosak dalam sominggu ni. Mulo-mulo dulu agak eh sekolah nak bukak. Yo lah, oghang kito ni suko buek kojo di saat-saat pengujung. Nak boli baju sekolah anak ko, buku ko bila duo tigo haghi lai sekolah nak bukak baghu sibuk.

Tapi sekolah dah bukak tigo haghi. Bandar Soghomban sosak yo. Agak se lah, pasal lobuh ghayo Soghomban Kajang tu dak bukak daghi sobolum pokan Mantin tu. Dah tu pulak daghi situ sampai ko Pajam tak payah baya tol solamo tigo puluh haghi. Jadi yang ado keto tu lalulah di
Bandar Soghomban ni dulu sobolum naik lobuh ghayo tu.


Se pun bilo dah tau lobuh ghayo tu dak bukak dokek Mantin dah niat tak ondak lai ikut lobuh ghayo utagho selatan tu kalau nak poi Kolumpo. Daghi ghumah se lalu Jalan Temiang. Di Jalan Tun Dr. Ismail se pusing kanan aghah Mantin. Sebolum Mantin masuk ko lobuh ghayu baghu tu toghuih ko Kajang. Tak payah nak sosak-sosak di pokan Mantin, Beghanang dan Somonyih.

Kalau se ikut lobuh ghayo utagho selatan tu se kono sosak di Jalan Lobak dan Jalan Sungai Ujung dulu. Dalam pado tu kalau se ikut jalan lamo se dah sampai Mantin pun.

Daghi Kajang sampai Kolumpo pandai-pandai se lah nak ikut jalan mano.

5 comments:

Anonymous said...

Tn Hj,

Pokan Kajang pun sosak yo bebeghapo aghi sebolun Krismas sampailah ko aghi ni. Kodai buku Czip Lee di Kajang ni ponoh dek oghang ondak2 oghang kito Melayu ni. Begitu jugo Giant, Tesco, Billion ponoh dek oghang. Banyak botul duit dio oghang ni.

Elok bebonar ado Lebuhghayo LEKAS sebagi alternatif Lebuhghayo PLUS untuk kito lalu nak ke Klumpo ko nak ke Seghamban. Ese tongah tunggu yo jalan ni siap sampai ke Pilah. Selalulah se balik.

Siap yo jalan tu sok aghap2 majulah pokan Pilah tu, taklah ketinggalan. Temoluh, Kajang dah jauh tinggalkan pokan Pilah ni. Agak eh mano2 pokan yang ghamai Cino bulih majulah. Tak ko gitu tn hj.

Dulu pokan Semonyih tu sayu jo tapi sekaghang ni ummak aii dah posat membangun, TESCO pun nak bukak tak lamo lai. Ghogo ghumah pun dah melambung. Ado anak membo boli ghumah teres 2 tingkat ghogonyo dokek nak 3 ghatuih ghibu.

Dah maju pokan Semonyih ni sok melaghat lak kek Beghanang. Sampai kampomg tradisional pun nak tesopit. Takut2 kok kampong Jalan kaki tu botul2 tinggal 6 kaki dikeliling dek pembangunan.

Ontahlah begitu posat pembangunan di Lombah Kelang ni.Kalau tn hj poi Klumpo ikut Lekas jongah2 ghumah ese di Sg Jelok ni.

MA A

Anonymous said...

Speaking nampaknya.. tergeliat lidah den nak mengejo he he

Anonymous said...

Tn Hj Maarof,

Ese poi Bangi pagi tadi. Tak pulak ese poghasan ado highway baghu tu. Kok ese tau dah tontu se ikut. Cumo bilo sampai kek Kajang tu, kok tak ghoti camno nak ko Bangi. Agak e tak susah tu do. Lagi pun di kajang ado MA A, buleh kontek dio. Dio tu kan oghang Juasseh ko Soghoting ko. Ni dah nyadi oghang Kajang, tontulah lobih canggih dan lobih mahir jalan2 kek situ.

MSB

abdulhalimshah said...

Tuan Hj,
Hai habis pat orang luar Negori, nak faham lidah kito.
Sebenarnya lebih banyak lebuhraya, lebih sosak lai keto. Apo nak dikato. Patut eh kito kurangkan keto, ni tak betambah macam cendawan yo!

memBesar said...

aiyoOOo .. pokok dek situ lahHh .. banggo den noghori den femes dah!!
tingat plak kek lagu BluesGang ~~ Apo Nak D Kato ..

Paling best kek Pilah tu cendoi mamak ngan rojak kek pasar tu lah. lain2 takdo bondo ..

maaflah tuan, den mencolah numpang glemer blog ni ... woghih yo bukan orang lain pun!!