Wednesday, February 18, 2009

Isunya ialah moral

Mengikut Kamus Merriam-Webster Ononline makna 'sexuality' ialah: the quality or state of being sexual: a : the condition of having sex b : sexual activity c : expression of sexual receptivity or interest when exessive.

Elizabeth Wong membuat persidangan akhbar dalam Bahasa Inggeris. Antara yang disebutnya ialah "I am not ashamed of my sexuality.....". Oleh kerana beliau membuat keterangan dalam bahasa tersebut saya anggap beliau faham apa makna 'sexuality'. Secara langsung beliau mengakui 'aktif dalam seks'.

Kita tahu Elizabeth belum berkahwin. Kita juga tahu seks tanpa kahwin dalam Islam dianggap zina. Tetapi agama lain juga melarang seks tanpa kahwin ini. Saya tak tahu sama ada Elizabeth ini beragama Kristian mengikut namanya. Kalau betul setahu saya dalam agama Kristian 'sex outside marriage is a sin'.

Itu saja isunya. Perkara 'invasion of privacy' ialah perkara kedua.

Bagi saya isunya ialah isu moral. Adakah seorang yang mengaku aktif dlam seks tanpa kahwin layak menjadi ADUN atau EXCO?

Dalam sidang akhbarnya saya lihat seorang Ahli Parlimen perempuan Melayu Islam dan bertudung mempertahankan Elizabeth dalam Bahasa Inggeris juga. Saya aggap Ahli Parlimen ini faham juga makna 'sexuality'.

Selepas itu pula saya nampak beberapa orang perempuan Melayu Islam juga bertudung memeluk Elizabeth ini. Tapi oleh kerana mereka nampaknya tidak bercakap apa-apa sebelum itu mungkin mereka tidak faham apa makna 'sexuality'.

Saya pinjam kata-kata Nabil : 'Lu fikirlah sendiri'.

1 comment:

Mshah said...

Do we want to encourage free sex in Malaysia? We know the answer to that.