Friday, February 20, 2009

Tabebuia

Saya telah ditegur oleh seorang pembaca jika tidak tahu berpolitik jangan cakap politik. Saya terima teguran itu secara positif. Saya akui saya memang bodoh dan jahil tentang politik ini. Itu sebabnya walau pun umur saya hampir 60 tahun saya tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik.


Tetapi saya telah beberapa kali menjadi pegawai SPR semasa Pilihanraya. Di waktu itu orang politik ikut arahan saya.


Tetapi kepada pengomen tu saya minta maaf komennya saya tidak siarkan kerana ada perkataan-perkataan lucah ditulisnya. Saya tidak suka menyunting mana-mana komen. Sama ada saya siarkan seluruhnya atau tak siar langsung.


Dua pos yang lalu saya bercerita mengenai pokok cili padi saya yang terletak di belakang rumah. Kali ini saya mahu bercerita apa yang saya nampak di hadapan rumah saya.


Saya amat terhibur dalam masa seminggu ini apabila keluar rumah nampak bunga-bunga sedang berkembang. Tapi yang menarik perhatian saya ialah bunga-bunga yang saya tunjukkan ini.





Tabebiua. Itulah nama saintifik spesis pokok bunga ini. Saya pernah terbaca pokok ini juga dikenali sebagai pokok trumpet. Tetapi apabila saya meneroka di internet saya dapati ada juga pokok lain yang dipanggil trumpet. Jadi saya pakai saja nama saintifiknya.



Pink tabebuia




Bila saya menunggang basikal atau skuter saya sengaja lalu di bawah pokok ini. Bunga-bunga yang gugur itu bila dilenyek akan mengeluar bunyi meletup seperti kulit kacang dipijak.



White tabebuia



Another pink tabebuia




Close up of white tabebuia flower



Close up of its pink cousin



White. Saya perhatikan pokok yang kurang berdaun mengeluarkan bunga yang lebih dan sebaliknya.



White




Ini betul-betul berada depan rumah saya. Bunya tak banyak dan setahu saya ini kali pertama ia berbunga. Pokoknya masih kecil lagi sebab itu tak banyak bunga. Insya Allah pada tahun-tahun akan datang banyaklah bunganya. Saya bersyukur juga kerana ia dari spesis berwarna pink.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Cantiknya Tn. Hj bunga2 tu. Subhanallah.

Sy suka sgt baca entry2 Tn. Hj. Very informative dan entertaining.

Wassalam.