Monday, February 9, 2009

Yang lama tetap dihargai!

Pada hari Sabtu 7 Februari 2009 yang lepas saya menghadiri majlis perkahwinan satu pasangan lama di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Pengantin perempuan ialah anak kepada bekas jiran kami di Taman Paroi Jaya. Dia kahwin kali yang pertama. Pengantin lelaki pula ialah seorang duda kematian isteri.

Yang menarik ialah kedua-dua pengantin berumur lebih setengah abad.

Siap dengan pengiring kanak-kanak kecil dan comel ini. Pasukan kompang pun ada. Mengalahkan Ustaz Fauzee.


Ini dia pasangan lama. Selamat Pengantin Baru! (Lama?)


Pada pagi tadi pula 9 Februari 2009 saya dan Salmah minum pagi di gerai Majlis Perbandaran Seremban di Taman Desa Rhu, Jalan Sikamat, Seremban. Sedang duduk minum saya nampak kereta ini masuk dipandu oleh seorang lama juga.

Kereta jenis Datsun. Saya tak tahu model apa dan tahun berapa ia dikeluarkan. Yang saya pasti ia bergear empat pacuan belakang.


Ini pandangan belakang. Nama Datsun sekarang sudah ditukar menjadi Nissan.


6 comments:

mem-Besar said...

Salam!! terima kasih kerana sudi singgah blog saya. saya di Bandar Seremban Selatan next to Seremban Jaya ..

tuan pulak dimana?

kalau tak ada yang lama, tak adalah yang baru kan ..

Maarof said...

mem-Besar

Oh Seremban Selatan. Saya ada dua kawan tinggal di situ. Pertama Mejar Shamsudin Mahadi kerja di Jab. Perdana Menteri. Kedua Hazli Jemaat a.k.a. Bob kerja di MIDA.

Saya tinggal di Coral Heights, Sikamat.

mem-Besar said...

salam!! Hazli jiran saya .. yg sama2 memadamkan api semalam!! sepelaung jarak rumah kami ..

Mohd Shah Khalid said...

Brother Maarof,
Ada yang bertanya kenapa orang lelaki cepat mencari pengganti sedangkan wanita mengambil masa yang agak lama atau terus bersendirian. Pening lalat juga saya hendak menjawabnya.

Anonymous said...

Tn Hj,

Yang lama masih dihargai, menunjukan kematangan.
Kebiasaannya kasih sayangnya lebih.... kesabaran tinggi

Md, Kjg

abah said...

ianya datsun roadster 1600 tuan :)
Fairlady/Sports 1600 SPL311/SP311

sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Datsun_Sports