Sunday, March 15, 2009

Di Nim's Little Island, Kajang pada 13 Mac 2009

Sekali lagi saya berjumpa kawan-kawan sekolah saya yang tinggal di kawasan Kajang dan Bangi. Cuma kali ini agak kurang tepat jika saya panggil mereka kawan-kawan kerana umur mereka paling dekat sepuluh tahun muda dari saya.
Kumpulan Kajang dan Bangi ini telah menetapkan tempat perjumpaan mereka di satu restoran Tom Yam yang dipanggil Nim's Little Island di Jalan Teratai, Kg. Sungai Ramal Dalam, Kajang. Ia diusahakan oleh kawan sekolah kami juga yang bernama Saifudin.

Setahu saya sessi perjumpaan bulanan ini diadakan oleh kumpulan-kumpulan di Melaka (paling aktif), Seremban, Kajang dan Kuala Lumpur. Kawan-kawan sekolah saya di Pahang dan Kedah pun telah memulakan sessi perjumpaan bulanan ini.

Sekarang dengan kemudahan telefon bimbit dan internet kami senang berhubung di antara satu dengan lain. Selesai sahaja perjumpaan seorang dari kami akan membuat laporan di internet. Dengan cara ini kami dapat tahu dimana kawan-kawan lama kami berada sekarang.

Sebagai contoh saya mendapat tahu seorang junior yang saya tinggalkan pada tahun 1967 telah menghadiri sessi perjumpaan kumpulan negeri Kedah di Sungai Petani. Saya terus menalipon beliau. Baru tiga hari lepas dia menalipon saya pula.


Dari kiri Saifudin yang juga tuan punya restoran ini, jirannya Mohd. Nizam dan Mazlan Mohd. Nor a.k.a. Mono.


Mazlan a.k.a. Mono dan Abd. Rahman Mohamad seorang pilot helikopter dari Kerteh, Terengganu.



Saya dan Bernadib Kadri a.k.a. Bern.




Di tengah Ishak Tamyes dan sebelahnya Nik Khairuddin sedang menghisap paip.



Dr. Khairun Nazar a.k.a. DKN dan Kamarudzman.






Bern dan Saifudin. Saifudin sedang meneliti data nama-nama ahli yang dikelolakan oleh DKN.




Abd. Razak Halimi tersenyum lebar. DKN sedang mengambil gambar di belakang.




Kamarudzman dengan 'fresh orange'.




Saya

1 comment:

Anonymous said...

Tn Hj,

Tk info yg tn hj beri ni. Saya minta maaf tidak dapat hadir di perjumpaan bulanan kerana saya ke KLIA untuk menjemput anak saya balik dari Sabah. Sebelum tu dah saya beritahu saudara DKN dan kirim salam kepada semua.

InsyaAllah akan hadir di TT bulan lain nanti.

MAA, Kjg