Pada pertengahan tahun 2004 saya dihantar berlatih selama enam minggu di bandar Fukuoka, Pulau Kyusu, Japan. Saya catitkan disini beberapa kenangan yang saya tidak boleh lupakan.
Setiap hari saya melapor diri di Fukuoka City Hall. Dalam perjalanan kaki saya ke City Hall dari hotel saya melalui sebuah bangunan lima belas tingkat yang dinamakan Acros Fukuoka. Saya sungguh tertarik dengan bangunan ini kerana dari belakang ia berbentuk seperti sebuah piramid. Yang lebih menarik ialah tingkat-tingkat bahagian belakang ini di tanam dengan pokok-pokok.
Kalau nak tahu lebih lanjut sila klik di sini : http://www.metaefficient.com/architecture-and-building/amazing-green-building-the-acros-fukuoka.html.
Di bawah pokok-pokok ini terdapat dua set tangga berjalan kaki hingga ke tingkat atas. Di hari-hari biasa pengunjung hanya boleh menaikki hingga ke tingkat empat belas. Tetapi di hari-hari Sabtu dan Ahad pengunjung dibenarkan naik sehingga ke bumbung bangunan.
Dalam enam minggu saya di Fukuoka saya tidak melepaskan peluang untuk menaikki tangga di tersebut hingga ke bumbung bangunan Acros Fukuoka di hari Sabtu atau Ahad.
Beberapa bulan setelah saya meninggalkan Japan ada satu festival filem diadakan di bangunan Acros Fukoka. Aktres kita Maya Karin memenangi hadiah pelakun wanita terbaik, kalau tak salah.




No comments:
Post a Comment