Tuesday, May 26, 2009

Selamat Harijadi Salmah, Haziq dan Fahim

Pada hari Ahad 24 Mei yang lepas kami merayakan harijadi tiga ahli keluarga kami. Isteri saya Salmah sudah berumur 56 tahun. Cucu kedua saya Haziq berumur 6 tahun dan Cucu bongsu saya Fahim berumur 5 tahun.
Memang untuk beberapa tahun sebelum ini harijadi mereka bertiga ini diraikan serentak. Tetapi untuk kali ini kami buat sedikit perubahan dengan mengadakannya di Restoran A & W, Taman Tasik, Seremban.
Seperti biasa cuma orang-orang Seremban sahaja yang dijemput. Minta maaf kepada orang-orang di Lembah Kelang dan Melaka.
Inilah tempatnya, Restoran A & W, Taman Tasik, Seremban.


Haziq, Fahim dan Danial bermain belon sebelum acara bermula.


Hijau, biru dan merah.


Fahim minum root beer.

Haziq kata 'peace' sambil makan ayam goreng.


Menjamu selera.

Saya nak bergambar juga. Danial tunjuk muka masam kerana dia tak dapat apa-apa hadiah hari jadi.

Tiba masa untuk Mr. Bear masuk.

Hello kids!

Menari dengan Mr. Bear. Anis (sebelah Mr. Bear) kemudian dapat hadiah sebagai 'best dancer'.

Mr. Bear sungguh hebat.

Mereka menari. Fahim menyuruk kerana takutkan beruang.

Mr. Bear menyampaikan hadiah kepada Awin.

Yang diraikan bergambar dengan Mr. Bear. Fahim tak takutkan beruang lagi.

Bersama-sama meniup lilin disaksikan Mr. Bear.

Memotong kek.

Lagi memotong kek.

Akhirnya Mr. Bear bergambar dengan budak-budak.

Untuk gambar-gambar lain sila layari:


dan



3 comments:

Anonymous said...

Seronok budak2...

Bob

Anonymous said...

sdr Maarof

Saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka semua. Semuga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, sihat dan boleh kita berbakti kepada Allah SWT.

Selamat Haji Jadi.... belated lah kiranya ini.

Memang seronok merayakan bersama sama ahli keluarga. Bila lagi jika tidak di occassion yang sebegitu.

All the best to they all.

wassallam
MA

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

HAPPY belated BIRTHDAYs..!!

BarakaAllah fi kum...Amin!