Monday, July 20, 2009

Berjumpa kawan lama

Saya telah lama tidak pergi ke negeri Kedah Darul Aman. Kali terakhir ialah pada tahun 2007 sebelum saya mengerjakan Haji. Itu pun ke Pulau Langkawi dengan kapal terbang.

Kali ini saya berhajat untuk memandu kereta ke Kedah. Tujuan utama ialah untuk menunaikan hajat isteri saya Salmah untuk bertemu dengan kawan sebiliknya Zainab. Zainab menjadi kawan baiknya semasa kami mengerjakan Haji.

Zainab mengerjakan Haji bersama suaminya Azmi. Tetapi Azmi tidak tinggal sebilik dengan saya. Jadi hubungan saya dengan Azmi tidaklah seakrab hubungan Salmah dengan Zainab.

Saya juga mempunyai tujuan lain untuk pergi ke Kedah. Saya ingin berjumpa dengan kawan sekolah saya bernama Yahya bin Putih. Yahya adalah junior saya dua tahun tetapi kami tinggal sebilik iaitu Bilik 1, Rumah Temenggung, Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. Rumah itu masih kekal sekarang walau pun bilik kami telah dijadikan ruang pejabat oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Di sekolah dahulu kami murid-murid berkawan rapat melalui dua cara. Pertama ialah kawan sekelas dan kedua kawan sebilik. Saya rapat dengan Yahya melalui cara kedua.

Yahya tidak berjaya ke Tingkatan Lima kerana mendapat Pangkat C dalam Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1967. Pada tahun yang sama saya juga menduduki Peperiksaan Malaysia Certicate of Education (MCE). Jadi kami meninggalkan sekolah di tahun yang sama.

Yahya kemudian memasuki tentera dan berkhidmat lama di Sabah. Sekarang beliau sudah bersara dan tinggal di kampungnya di Naka, Kedah. Beliau mempunyai lima orang anak dan tiga darinya sudah berkahwin. Tiap-tiap anaknya yang sudah berkahwin itu menghadiahkan Yahya dengan seorang cucu. Isteri Yahya ialah seorang pesara kerani Kementerian Pertahanan.

Saya mendapat nombor telefon Yahya hasil laporan perjumpaan murid-murid tuan sekolah saya yang menetap di Kedah yang diadakan di Sungai Petani. Yahya hadir di perjumpaan itu.

Yahya juga hadir di perjumpaan bekas kawan-kawan sekelasnya yang diadakan di Kuala Selangor dua minggu yang lepas. Pujian patut diberikan kepada Yahya kerana tidak malu-malu berjumpa dengan kawan-kawan lamanya walau pun ramai diantara mereka yang berpangkat besar dan sebagainya.

Yahya mengajak saya tidur dirumahnya dan saya tahu niatnya adalah ikhlas. Semasa datang kerumahnya ia menunjukkan bilik yang telah disediakannya kepada saya. Tetapai saya terpaksa menolak kerana selain dari Salmah saya juga membawa anak bongsu saya Anis. Anis juga tidak mengikuti saya ke Naka tetapi tinggal di bilik hotel di Alor Setar. Naka terletak lebih kurang 40 km dari Alor Setar.

Semasa sekolah dulu kami sama-sama merokok. Sama-sama juga titangkap kerana merokok dan didenda oleh pihak sekolah. Saya sudah lama berhenti merokok tetapi mengikut Yahya dia masih lagi merokok dengan rokok daun sahaja. Di sekolah juga Yahya dikenali sebagai 'John White' iaitu nama Inggeris untuk 'Yahya Putih'.

Apa yang sangat mengembirakan saya ialah apabila melihat Yahya masih sihat walafiat. Selain mempunyai rambut dan misai yang putih bentuk badan, rupa dan suaranya masih sama seperti lebih dari empat puluh tahun yang lalu.

Yahya sekarang bercucuk tanam dan memelihara ternakan lembu dan kambing. Kebun getahnya diusahakan oleh pekerjanya dan sudah tentulah hasilnya dibahagi dua. Pokok-pokok buah-buahannya masih belum berbuah tetapi jiran-jirannya tidak berhenti membekalkannya dengan buah rambutan, dokong, manggis dan cempedak yang sedang masak sekarang.



Wajah Yahya masih sama walau pun sudah beruban.




Kami dengan isteri masing-masing.




Dengan anak perempuan Yahya, menantu dan cucunya.




Friends forever.

4 comments:

Anonymous said...

Maarof

adakah Yahya ini adik beradik dengan Mansor Putih, komentar film tu?

MA

Unknown said...

MA,

That I am not sure. You can contact Yahya at 019 4026571. Dia ada tanya kau Mad. Aku kata kau sihat.

Maarof.

Anonymous said...

Maarof. Thank you for his phone number. I spoke to him a few minutes ago. Seronok dapat berbual dengan dia. BTW Mansor Putih is not related to him. There are many 'orang putih' in Kedah, he told me.

wassalam

MA

Anonymous said...

Tn Hj,

Saya biasa juga dengan Yahya ni. Tengok pada gambar banyak juga perubahan wajahnya dan kalau saya jumpa kalau dia tak tegur dulu alamat tak kenallah saya.

InsyaAllah kalau saya kelapangan dan ada masa saya cuba cari beliau bila saya ke utara nanti. Biasanya saya ke utara menjengok anak di USM.

Selalunya saya singgah di rumah cikgu Hj Abdul Wahab Shafie di Lunas, SDARian batch 1965-1972. Dalam perjalanan balik ke Kajang saya singgah di rumah Tn Hj Md Yazid, classmate saya yang tinggal di Ipoh.

Hendak juga bertemu saudara Saad Abd Hamid, satu batch dengan Yahya yang pernah tinggal satu dorm dengan saya di Rumah Sultan. Difahamkan beliau tinggal di Seberang Prai.

MBAA Sg Jelok