Saturday, November 28, 2009

Ibadah Korban

Penduduk taman perumahan saya mengadakan ibadah korban pagi tadi. Empat ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan.

Sepanduk Majlis Ibadah Korban.


Salah satu lembu yang dikorbankan. Saya teringat kepada lagu 'The Lonely Bull' oleh Herb Alpert and The Tijuana Brass.


Kaum wanita menyediakan bahan-bahan masakan.


Lagi pandangan kaum wanita. Belum ramai lagi.


Kaum lelaki menyediakan lembu pertama untuk dikorbankan.


Dengan laungan takbir raya lembu pertama dikorbankan.



Lembu kedua pula sedia untuk dikorbankan.

Seekor lembu sedang dilapah.


Pandangan penduduk-penduduk yang datang.


Kaum wanita telah bertambah ramai.


Daging digantung supaya senang dilapah.


Satu lagi pandangan daging digantung untuk dilapah.



Pandangan bawah khemah.


Daging ditimbang.


Kemudian dimasukkan kedalam karung plastik untuk dibahagi-bahagikan.



Ustaz Affandi dikiri berehat setelah selesai menyembelih. Disebelahnya Ustaz Rosmin.


Antara penduduk yang cuma memerhati.


Termasuk saya. Gambar dengan ihsan Ustaz Rosmin.


Apo coghito tu Cif Inspektor?



Bersedia untuk merebus sup.


Memasak kari kambing.


Akhirnya kami makan.


Kaum wanita makan.

2 comments:

Anonymous said...

Maarof

Tahniah. Tahniah kepada penduduk Islam di Coral Heights.

Wau empat ekor di korbankan di taman anda ye?

Saya mohon maaf kerana tidak dapat bertemu mu di Melaka/Merlimau pada hari raya baru baru ini. Kereta saya rosak. Masuk workshop. Kena RM800.00. Gasket engine oil bocor. Spark plugs shor circuit dan kena ganti lubricant, oil filter, dll.

Tidak dapat ke masjid untuk solat berjemaah.

tidak dapat join orang surat melapah lembu korban....

sedih juga hati ini....

wassalam
MA(B)

melayuangkat said...

Assalamualaikum Tuan,

"BerPakat membawa Berkat". Alhamdulillah, tumpang gembira atas semangat semua penduduk di tempat ini.