Jawatankuasa surau taman perumahan saya telah mengadakan satu Majlis Berkhatan anak-anak kami pada hari Ahad 20 Disember 2009. Kami menghadkan penyertaan kepada sepuluh kanak-kanak sahaja. Alhamdulillah tujuh orang kanak-kanak menyertai acara ini. Inilah cerita bergambar saya mengenai upacara bersejarah bagi tiap-tiap anak ini.
Pendaftaran di surau kami.
Kaum ibu menyediakan bunga telur.
Kaum ibu menyediakan bunga telur.
Pendaftaran lagi.
Itulah dia kanak-kanak yang bakal dikhatankan.
Dikelilingi ibu bapa dan adik-adik. Kami sedang bertahlil diketuai Ustaz Affandi.
Ustaz Affandi, membaca doa selamat.
3 comments:
Baiknya diadakan majlis berkhatan cara begini .....jimat belanja, ada semangat muafakat, budak-budak berasa seronok bila berkhatan beramai2 bersama kawan-kawan apatah lagi kawan sepermainan. Hubungan baik budak2 ni akan lebih akrab hingga dewasa nanti. insyaAllah.
Muhd. Abd.
Maarof
Bagus lah penduduk di taman yang anda menetap sekarang. Aktiviti ada sahaja. Bagus. Di Taman Paroi Jaya dulu, mungkin you tidak war-warkan di blog you..... memang cantik.
Baru-baru ini bergotong royong mendirikan pondok beat rukun tetangga. Ini majlis berkhatan ramai-ramai. Mungkin majlis menyambut awal muharram sudah dibuat kut.... siap dengan membaca do'a akhir tahun dan awal tahun.
Tahniah lah.
Selamat maju jaya.
wassalam
MA
MA,
Masa tinggal di Paroi Jaya dulu saya belum mengemblog lagi.
Di Awal Muharram kami cuma baca doa-doa di surau. Itu pun ada jemaah yang sponsor makanan.
Post a Comment