Minta maaf kerana sudah lama tak kemas kini blog. Ini kerana tidak ada apa-apa perkara yang menarik yang hendak saya laporkan. Walau bagaimana pun pada hari Sabtu 6 Februari 2010 yang lepas saya ternampak satu perkara yang baru bagi saya.
Saya pergi menghantar seorang anak buah isteri saya bertandang ke rumah pengantin lelaki di Felda Keratong 7, Pahang Darul Makmor. Saya perhatikan setiap rumah peneroka selain mempunyai nombor rumah, juga mempunya nama peneroka dan pasangannya.
Ini bukanlah perkara baru. Jika kita lihat filem-filem Hollywood biasanya nama keluarga diletakkan di satu papan tanda di hadapan rumah. Dengan cara ini mudahlah saudara-mara, kawan-kawan atau posmen mencari rumah sesaorang.
Di kampung-kampung juga kita terjumpa situasi seperti ini. Tetapi papan nama tidak seragam. Apa yang menarik di Felda ini ialah papan tandanya seragam dan mempunyai warna perang iaitu warna Felda di latar belakang.
Saya sudah lama tidak memasuki kawasan Felda. Maklum sajalah dua kampung Felda di Daerah Seremban sudah tidak bertaraf Felda lagi. Oleh itu saya tidak tahu sama ada perkara seperti ini diseragamkan kepada semua rancangan Felda seluruh negara.
2 comments:
Tuan Haji Arop,
Saya pun bangga tengok Rancangan FELDA dah jauh berbeza dari zaman saya mula kerja dgnnya pada tahun 1968 dahulu.
Itu satu contoh perancangan dan pelaksanaan yang berjaya dan menjadi contoh pada negara membangun ditempat lain. Syabas kepada pemimpinnya yang jujur lagi dedikasi, khususnya YM Raja Alias Raja Ali, orang Kuala Pilah.
Assalamualaikum Tuan,
Terima Kasih atas doa buat saya semasa di tanah suci. Alhamduillah, saya telah selamat kembali ke tanah air.
Saya bangga dengan FELDA, walaupun bukan peneroka, terutamanya pada mereka yang mula-mula bersusah payah membangunkan FELDA Dulu-dulu...Saya pun ada kawan kawan dari FELDA Sg. Buaya dan Sg. Tenggi...menarik cerita pengalaman dan pengorbanan mereka ini semua.
Post a Comment