Pada petang hari kedua Tahun Baru Cina saya dikejutkan dengan bunyi gendang di belakang rumah saya. Sudah tentu ini satu Tarian Singa di rumah En. Tan jiran saya yang berkongsi pagar dengan saya. En. Tan tidak lupa mengadakan Tarian Singa pada tiap-tiap tahun.
Saya pun mencapai kamera saya dengan tujuan mengambil gambar dari luar rumah. Tetapi Tracy, isteri En. Tan ternampak saya dan terus mempersilakan saya masuk. Saya mengambil gambar-gambar di perkarangan rumah sahaja.
Singa 'kowtow'. Mereka sudah selesai menari dalam rumah. Perhatikan dulang yang berisi limau dan sayur.
Selang beberapa minit saya terdengar pula bunyi gendang di seberang padang di hadapan rumah saya. Saya sangkakan kumpulan tadi telah berpindah rumah. Sangkaan saya salah kerana ini adalah satu kumpulan lain.
Kedua-dua singa yang berlainan warna juga hampir bercium. Limau dan sayur masih terletak di atas lantai hadapan rumah.
1 comment:
Assalamualaikum Tuan Hj,
Nampaknya Singa yang sibuk di tahun Harimau...
Beruntung jadi rakyat Malaysia, dapat amalkan tradisi dan budaya nenek moyang sampai bila-bila...
Post a Comment