Sunday, March 14, 2010

Menyambut Maulidur Rasul - Bahagian 2

Saya rasa kurang adil jika saya tidak menceritakan berkenaan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di masjid di mana saya menunaikan solat Jumaat pada tiap-tiap minggu. Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid India Muslim Seremban yang terletak di Ulu Temiang, Seremban.

Majlis diadakan pada hari Ahad 14 Mac 2010 bermula pada jam 10.00 pagi di mana acara pertama ialah satu ceramah dalam Bahasa Tamil. Saya cuma tiba pada jam 11.00 pagi apabila perarakan hendak dimulakan.

Jika dibandingkan dengan acara solat Jumaat mingguan tidak ramai orang Melayu yang datang untuk acara Maulidur Rasul di masjid ini. Mungkin seperti saya, mereka juga menyambutnya di surau taman masing-masing.

Perarakan bermula dari simpang ke Jalan Sikamat, Ulu Temiang yang hanya terletak 200 meter dari Masjid.


Perarakan akan bermula sebentar lagi.


Mereka mula bergerak dengan budak-budak membawa bunga manggar di hadapan.


Barisan hadapan berselawat sambil berarak.


Barisan tengah.


Barisan belakang.


Mereka akan belok ke kiri masuk ke Masjid.


Pembawa bunga manggar sudah masuk ke jalan Masjid.


Barisan hadapan sudah belok kiri.


Baju biru.


Ada pasukan kompang pun. Malangnya paluan mereka tidak sama tempo dengan bacaan selawat.


Mereka sudah sampai ke perkarangan Masjid.


Giliran Ustaz Abdul Manas dari Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan (MAINS) memberi ceramah dalam Bahasa Melayu. Tiap-tiap dua minggu beliau datang ke Masjid ini membaca Khutbah Jumaat dalam Bahasa Melayu dan mengimamkan solat Jumaat.


Kaum ibu dalam Masjid.


Selawat dalam Masjid.


Saya berselawat.


Seperti biasa program diakhiri dengan acara makan. Ini 'main table'.

No comments: