Tepat pada pukul tiga petang tadi beberapa beberapa kakitangan dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah datang ke tapak surau kami untuk menentukan arah Qiblat. Ini satu lagi kemajuan kepada cadangan pembinaan surau taman kami.
Mengikut kontraktor yang ikut sama, pembinaan akan dimulakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
3 comments:
Maarof,
Elok lah di confirm dan disahkan arah kiblat surau yang akan di bena itu. Jangan jadi masjid Kg. Sentosa, Paroi.... arah kiblat masjid itu 'tersasar' atau lari dari arah kiblat almost 15 degrees. Bartahun-tahun lama nya jemaah disana solat menghadap ke kiblat yang tidak tepat....
wallah hu aklam
wasalam
MA
MA,
Pembetulan. Kg. Paroi, bukan Kg. Sentosa. 'Jemaah di sana' tu termasuk saya. Kerana sebelum ada Masjid Qariah Paroi Jaya saya solat Jumaat Kg. Paroi.
Tuan Maarof...
Nama alat tersebut ialah Theodolite
Post a Comment