Monday, May 31, 2010

Kenapa dikenakan bayaran?


Lebih kurang tiga minggu lepas saya menginap di satu hotel resort di Port Dickson. Seperti biasa saya membawa komputer riba saya. Hotel ini memberi kemudahan internet wi fi secara percuma kepada penginap hotel.  Walau bagaimana pun pengguna dikehendaki memasukkan kata laluan atau 'password' yang diberi oleh  hotel.

Pekerja di kaunter hotel macam sudah tahu sahaja. Apabila saya menuju ke kaunter setelah mendapat arahan di skrin komputer untuk memasukkan lata laluan, pekerja berkenaan terus memberi saya sekeping kertas kecil tanpa diminta. Di atas kertas sudah sedia tercetak kata laluan.

Bagus juga sistem menggunakan kata laluan ini. Ini mengelakkan sesiapa yang tidak punnyai apa-apa urusan dengan hotel dari menempel untuk mendapatkan internet percuma.

Tetapi berlain kisahnya dengan satu hotel resort di Bagan Lalang, Selangor. Saya ke sana selama tiga hari dua malam baru-baru ini untuk menyertai program Hari Keluarga keluarga saya Untuk persediaan saya membawa satu alat jalur lebar atau 'broadband'. Tetapi kelajuannya di sana amat mengecewakan. Saya perhatikan hotel ini juga menyediakan internet talian tetap dengan kata laluan.

Tetapi saya kecewa apabila pergi ke kaunter hotel. Hotel mengenakan bayaran RM 10.00 sehari jika hendak menggunakan internet mereka. Saya memutuskan untuk menggunakan jalur lebar sahaja untuk tempoh tiga hari dua malam itu. Perlahan, perlahanlah.

Saya sungguh kecewa dengan polisi hotel ini. Tidak bolehkah mereka menyerapkan sahaja kos internet itu kedalam bayaran sewa bilik? 

No comments: