Sunday, August 1, 2010

Tahniah SDAR!

Luqman, Pembahas SDAR pertama. Masih berada di Tingkatan 3. 


Thalhah, pembahas kedua SDAR, juga masih di Tingkatan 3.


Qushaimi, pembahas ketiga SDAR, satu-satunya dari Tingkatan 5. Dia juga diumumkan sebagai pembahas terbaik.


Sorakan murid-murid dan bekas-bekas murid SDAR apabila diumumkan kemenangan sekolah kami.

Ibu bapa, murid-murid tua dan keluarga masing-masing juga tidak ketinggalan bergembira.


Menerima piala pusingan dari Ketua Pengarah Pelajaran.


Bergambar dengan Pengetua dan Guru yang membimbing.


Bergambar bersama pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran.

Kali pertama saya ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC untuk Putrajaya International Convention Centre saya balik dengan perasaan sedikit keciwa. Sila lihat atau klik ceritanya di sini. Tapi kali ini saya balik dengan perasaan gembira. Ini kerana sekolah saya iaitu Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban yang lebih dikenali sebagai SDAR telah memenangi Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke 37 untuk bahagian Bahasa Malaysia.

SDAR mengalahkan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Selangor. Tahniah juga patut diberikan kepada SBPI Gombak kerana ia berjaya pergi ke peringkat akhir walau pun merupakan satu sekolah baru.

Di dalam bahagian Bahasa Inggeris Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Putrajaya mengalahkan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak. Semasa SDAR berada di Tanjung Malim, Perak dahulu STAR sering menjadi pesaing kami di negeri Perak.

Saya masih ingat Pertandingan Bahas ini di masa lalu pernah disiarkan secara langsung di television. Tetapi sekarang tidak lagi.

Saya kagum kerana dua dari pembahas SDAR terdiri dari murid Tingkatan 3. Tetapi rakan mereka yang berada di Tingkatan 5 disytiharkan sebagai Pembahas Terbaik. Pembahas dari SBPI Gombak rata-rata terdiri dari murid Tingkatan 5.

Memang senang untuk sesiapa yang petah bercakap untuk membaca skrip atau menghafalkannya. Apa yang menarik perhatian saya ialah murid-murid di Tingkatan 3 ini dapat menyangkal hujah-hujah dari lawan dengan senang. Ini tidak akan terjadi jika mereka tidak membuat kajian atau 'research' terlebih dahulu.

Baru-baru ini murid-murid tua SDAR di Negeri Sembilan telah menjamu makan malam pasukan Ragbi sekolah yang telah menjadi johan peringkat negeri. Kali ini satu lagi pasukan sekolah telah memenangi satu pertandingan peringkat kebangsaan. Sudah tentu satu bentuk perhargaan juga patut kami beri.

Sekali lagi, tahniah SDAR.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah SDAR.....dah lama tak memenangi debat Piala Perdana Menteri. Salah satu cara menaikan nama sekolah ialah memenangi pertandingan debat. Harap kejayaan ini diteruskan lagi pada tahun2 akan datang. Sayang sekali tidak ada siaran terus menerus melalui TV benda baik dan berfaedah ini agar ditonton ramai terutama kepada pelajar2 dan guru2. Kita asyik disogokan hiburan2...hiburan2...hiburan2....(maaf kata) agaknya orang Melayu memang senantiasa dahagakan hiburan. Bagi saya jarang sangat menonton TV kecualilah ada live perlawanan bolasepak itu pun bukan semua ....`games' yang terpilih dan digemari saja.

MBAA