Sunday, November 21, 2010

Solat Aidil-Adha dan Korban.

Buat pertama kali dalam hidup, saya menunaikan solat Hari Raya Aidil Adha di sebuah surau. Suraunya ialah surau taman perumahan saya yang mula digunakan empat bulan yang lalu. Pada mulanya hati saya berbelah bagi sama ada hendak bersolat di surau ini atau di Masjid Qariah Sikamat. Isteri saya telah membuat keputusan untuk bersolat di Masjid tersebut bersama anak-anak perempuan, menantu lelaki dan cucu saya Haziq. 

Saya bimbang pada mulanya surau akan penuh sesak. Tapi dari pengalaman, saya boleh meneka di mana terdapat ruang kosong nanti. Solat bermula tepat pada pukul 8.15 pagi dan selesai pada pukul 9.00. Kami terpaksa bergegas pulang ke rumah dan menukar pakaian untuk program korban pula. Lima ekor lembu dan tiga ekor kambing dikorbankan.

Imam besar kami, Ustaz Affandy membaca khutbah selepas solat. Waktu menunjukkan pukul 8.30 pagi. Saya difahamkan Masjid Qariah Sikamat belum memulakan solat di waktu ini.


Jemaah di dalam surau. Sebuah khemah disediakan diluar surau untuk menampung jemaah yang melimpah.


Jemaah perempuan selesa di bahagian belakang surau.


Di sinilah ruang yang saya jangkakan kosong, serambi sebelah kanan surau.

Jemaah bersalaman tepat jam 9.00 pagi. Kami segera pulang dan menukar pakaian untuk program seterusnya.

Lima ekor lembu, empat dalam kawasan surau dan satu di luar.


Tiga ekor kambing.


Tuan Imam bersedia dengan pisau sembelihnya.


Seekor lembu sudah sedia untuk dikorbankan.

Tuan Imam memulakan tugasnya.


Apa yang tertulis di hadapan baju.

Ini pula di belakang baju.


Daging dipotong-potong.

Sebahagian daging kambing dipanggang.


Motosikal merosakkan pandangan.


Kaum ibu di kantin surau.


Kolam yang memisahkan rumah saya dengan surau. So near, yet so far.


Daging dibahagikan. Kelihatan YB turut sama menolong.

1 comment:

Anonymous said...

sdr Maarof.

Tahniah kepada jemaah surau Coral Hght. Memang benar, solat sunat eidul adhha elok di percepatkan..... on the other hands, solat sunat eidul fitri sunat di lewatkan. Lazimnya dlam jam 8.30 am. Elok sangatlah surau you mulakan solat jam 8.15am. Kalau jam 8 pagi lagi baik. Kenapa? Rata-rata jemaah akan balik kerumah selepas solat untuk tukar uniform... untuk acara sembelih dan menyelesaikan korban ternakan .... Tahniah.

Saya nampak ada dibuat bar-b-que ... itu satu perkara yang baik.... elok dipelbagaikan masakan tu. Tinggal lagi, pembahagian daging qorban tu perlu dibuat kepada yang hak... fakir miskin. tuan punya dan masyarakat setempat (nak nak dibuat gulai tu).

Semuga amalan itu di teruskan kan.

wasalam
MA(B)