Lawatan saya bermula apabila saya menerima gambar ini dari seorang sahabat facebook. Saya juga dicabar untuk membuktikan sama ada papan tanda ini benar atau tidak.
Panduan saya bukan kepada nama-nama tempat, tetapi kepada nombor-nombor jalan yang ditulis. Saya tahu kalau papan tanda ini wujud ia terletak di persimpangan Laluan Persekutuan 1 dengan Jalan Negeri N109 (huruf N menunjukkan ia terletak di Negeri Sembilan). Berpandukan peta dan juga Google Earth saya dapat tahu papan tanda ini terletak betul-betul di pekan Rembau.
Saya pun pergi ke Rembau pada pagi Sabtu 26 Mac 2011.
Ini dia papan tanda sebenar.
Jelaslah gambar pertama telah diedit. Tidak mungkin papan tanda asal ditulis begitu. Tetapi saya mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang mengedit gambar asal itu. Dia telah berjaya menunjukkan kebolehannya. Dato' T kena belajar dari dia ni.
Semasa balik ke Seremban saya ingin mencuba cendol di satu restoran di tepi Sungai Rembau. Mula-mula saya nampak lima ekor memerang ini. Sudah lama saya tidak melihat memerang.
Nampak lima ekor memerang.
Tetapi apabila apabila sedar akan kehadiran saya, mereka cuba bepatah balik.
Saya berlindung di belakang sebatang kayu dan dapat mengambil gambar ini.
Mereka terjun ke sungai.
Akhirnya berenang ke hulu sungai dan hilang dari pandangan.
Tidak banyak sungai yang masih jernih airnya di Negeri Sembilan seperti Sungai Rembau ini.
Saya ingin mencuba Cendol Madu Rembau.
Ini cendolnya. Tetapi saya kecewa, air batu dikisar kasar. Cendol baru keluar dari peti sejuk dan keras.
Akhir sekali saya nampak iklan untuk kopi segera ini. Tidak adakah nama yang lebih baik?
4 comments:
Di manakah letaknya restoran ini,tuan? Isterinya saya berkerja di Pedas. Boleh juga singgah sekali sekala
Abu, restoran ini cuma 500 meter sebelum pekan Rembau di sebelah kanan jika datang dari arah Seremban.
Bon Apeti.
Assalamualaikum Tn Hj. Saya suka dgn gambar memerang 5 ekor itu. Syabas kerna berjaya merakamkan dengan elok!
salam Tn Haji...gambar memerang berkenaan cukup menarik..wajar tuan hantar untuk ruang foto harian metro.
Saya biro Harian Metro Seremban, Meor Riduwan Meor Ahmad
019-2037364
Post a Comment