Beberapa minggu lepas saya berjumpa dengan seorang kawan sekolah setelah berpisah 47 tahun. Banyak cerita yang kami bualkan. Sambil itu dia juga menceritakan berjumpa kawan-kawan kami yang lain. Diantaranya dia berjumpa seorang kawan kami yang sedang mendengar satu ceramah politik. Nasib baik katanya dia tidak memakai baju sama yang dipakainya semasa berjumpa saya itu.
Saya terus bertanya apa salah dengan bajunya sekarang. Dia pun menunjukan logo '1 Malaysia' di bajunya. Saya tahu ada satu negeri mengharamkan logo '1 Malaysia'. Rupa-rupanya ada juga tempat-tempat di mana baju berlogo '1 Malaysia' pun tidak boleh dipakai.
Minggu lepas saya berjumpa dengan seorang kawan juga yang saya kenali melalui laman sosial Facebook. Ditakdirkan kami memakai baju yang sama warna iaitu kuning. Dia terus berkata agak bahaya kami memakai baju warna ini. Saya jawab "Apa nak ditakutkan? Lagi pun apa mereka nak buat pada orang tua ni?"
Baru tadi saya terbaca seorang pengacara TV terpaksa membuat persidangan akhbar untuk menjelaskan mengapa beliau berada di satu gerai makanan bersama-sama beberapa orang pemimpin politik. Ini kerana kehadiran beliau di gerai itu telah disalah anggap. Beliau membuat persidangan akhbar itu dengan dua orang peguamnya. Sudah tentu khidmat guaman itu tidak diberi percuma.
Mana pergi kebebasan kita?
No comments:
Post a Comment