Saturday, June 18, 2011

Sudah gaharu cendana pula.....

Saya percaya kebanyakan orang Melayu di negara ini boleh melengkapkan pantun pendek yang menjadi tajuk pos saya kali ini. Di kebelakangan ini banyak kita perhatikan gelagat pihak-pihak tertentu yang cuba membuat perkara-perkara yang menyimpang dari kebiasaan sedangkan hasilnya sudah boleh diduga dari awal. Dalam lain perkataan percubaan mereka itu sudah pasti gagal.

Beberapa bulan lepas sebuah kerajaan negeri cuba meminda perlembagaannya mengenai perlantikan seorang pegawai kerajaan tertinggi di negeri tersebut. Mereka sudah tahu percubaan mereka sudah pasti gagal, tetapi diteruskan juga. Mungkin tidak banyak wang rakyat dihabiskan untuk tujuan tersebut, tetapi nyata percubaan itu sia-sia. 

Baru-baru ini satu lagi kerajaa negeri cuba mengadakan apa yang dinamakan Pilihanraya Masjid. Mereka sudah tahu tindakan mereka perlu mendapat persetujuan DYMM Yang DiPertuan Agong. Mereka juga sudah mengagak dalam keadaan sekarang persetujuan DYMM tidak mungkin diperolehi. Tetapi mereka teruskan juga niat mereka dan keputusannya sudah diketahui umum. 

Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

1 comment:

norizan hashim said...

mmg byk pantun 2 kerat yg punya maksud yg tersirat dan mndlm...itu adalah kekuatan org dulu...